Ustaz Radzi (bekas vokalis kumpulan Melissa) nyanyi semula lagu "Cinta Untuk Nabi lah"


Assalamualaikum...

Tahukah anda lagu yang bertajuk "Cinta Untuk Nabila" nyanyian kumpulan Melissa?.  Bagi mereka yang melalui zaman kanak-kanak dan remaja mahupun dewasa dalam sekitar tahun 1980-an, pasti lagu ini sering kedengaran di stesyen-stesyen radio dan juga muncul di siaran televisyen.

Namun seperti juga artis-artis atau personaliti hiburan lain yang berhijrah dari dunia hiburan ke arah keagamaan seperti Izam dari kumpulan E.Y.E dan Bob Lokman, Ustaz Radzi  mendapat hidayah dari Allah S.W.T semasa kumpulan Melissa mengadakan satu konsert. Semasa beliau sedang asyik menyampaikan lagu di hadapan ribuan peminat, beliau dalam beberapa ketika seolah-olah diperlihatkan suasana siksaan di Padang Mahsyar. Penghijrahan beliau tidaklah terlalu memeranjatkan kerana sebelum beliau jadi penyanyi, beliau sebenarnya telah mengikuti pendidikan agama Islam di sekolah pondok semasa usia remaja. 

Namun beberapa siri penghijrahan artis rock ke arah keagamaan seperti mengundang rasa kurang senang pada golongan tertentu.  Apabila golongan yang berhijrah ini memberi ucapan dan menyampaikan pengetahuan ilmu agama pada rakyat, mereka akan dikenakan pelbagai sekatan dan tuduhan oleh pihak tertentu.  Apa "celup" nak tahan orang-orang yang nak sampaikan pengetahuan agama?.  Kenapa tidak diteliti isi kandungan penyampaian dalam majlis ceramah berkenaan...? Jika tidak bertentangan dengan akidah Islam, biarkan sajalah.. atau ianya bertentangan dengan "kehendak" pemimpin-pemimpin politik tertentu?

Jika konsert artis luar negara yang membawa imej dan budaya serta pengaruh songsang, senang-senang saja dibenarkan membuat persembahan di negara ini.  Adakah perlakuan dan sikap seperti ini bersesuaian dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam?. Atau pada hakikatnya negara Islam yang diisytiharkan hanyalah "wayang" semata-mata bagi melindungi rancangan jangka panjang para penjajah kristian suatu ketika dahulu...?



**p/s : saya juga sedang berusaha untuk "berhijrah" ke arah yang lebih baik pada baki kehidupan di dunia dan persediaan bagi kehidupan yang abadi di akhirat...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan