Steve Jobs : Perginya seorang lagenda gajet elektronik



artikel asal dikarang oleh Eruwan Gerry


Steve Jobs merupakan usahawan yang telah membina syarikat dan jenama Apple sehingga menjadi satu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Beliau telah memperkenalkan pelbagai produk hebat yang masih lagi menjadi kegilaan sehinggakan ke hari ini oleh ramai orang daripada pelbagai lapisan umur iaitu iPod, iPhone dan juga iPad.


Anda mungkin memiliki salah satu atau lebih gadget-gadget Apple hebat yang telah diperkenalkan oleh Steve Jobs ini atau sekurang-kurangnya anda pernah melihat gadget-gadget tersebut dipapar di pelbagai media massa sebelum ini. Begitulah kehebatan syarikat Apple dan wawasan Steve Jobs sehingga produk-produk beliau menjadi kegilaan orang ramai dan beliau telah mampu membuka niche baru yang belum pernah difikirkan oleh orang lain seperti niche tablet yang telah dipelopori oleh iPad.


Mengapa syarikat Apple dan juga Steve Jobs mampu mencapai kedudukan sedemikian sehingga mampu melihat situasi dan potensi yang langsung tidak dapat dilihat oleh ramai usahawan lain di seluruh dunia?.  ianya disebabkan oleh pemikiran out-of-the-box Steve Jobs dan juga keberanian beliau untuk bertindak di atas idea yang telah beliau fikirkan.

Semenjak zaman remaja Steve Jobs, beliau suka melihat sesuatu perkara atau masalah dari satu sudut yang lain berbanding orang lain. Walaupun orang ramai mengatakan sesuatu perkara sukar untuk dilakukan, tetapi beliau tidak terus menerima hakikat tersebut dan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah difikirkan boleh oleh orang lain. Ini jelas terbukti apabila beliau menghasilan komputer pertama Apple iaitu Mac. Komputer tersebut lebih mudah dan cantik berbanding komputer-komputer jenama lain masa waktu itu dan jauh lebih murah sehingga mampu dimiliki oleh ramai orang.

Dengan penghasilan iPod, sekali lagi Steve Jobs telah menentang pemikiran pada masa itu yang mana tidak mungkin melebihi 1000 lagu boleh disimpan di dalam satu gadget yang kecil. Begitu juga dengan penghasilan gadget-gadget seterusnya iaitu iPhone dan iPad. Kesemuanya telah mewujudkan satu hakikat baru yang belum pernah lagi difikirkan boleh sebelum itu.

Selain dari sifat beliau yang sukar berfikir “di luar kotak”, beliau juga seorang yang berani mengambil tindakan sedangkan beratus ribu orang lain berfikiran negatif tentang produk-produk yang ingin beliau hasilkan. Mereka semua ingat yang mereka betul dan Steve Jobs tidak akan berjaya. Idea-idea Steve Jobs dikatakan cuma angan-angan yang tidak mungkin boleh direalisasikan. Ternyata mereka semuanya salah dan Steve Jobs juga yang betul akhirnya.

Marilah kita berfikir tentang syarikat Apple dan juga mengenai Steve Jobs. Cuba fikir bagaimana kita boleh memupuk dua sifat hebat beliau yang telah saya jelaskan tadi iaitu berfikir di luar kotak dan juga berani bertindak, di dalam situasi kita menjalankan perniagaan internet.

Jika kita mahu membina sesuatu kejayaan yang hebat, kita perlu boleh berfikir sesuatu yang lain berbanding apa yang sedang difikirkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang usahawan produk digital, cuba hasilkan produk-produk yang belum pernah lagi dihasilkan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang penjual di portal Lelong atau eBay, cuba jual barangan lain yang belum pernah dijual oleh orang lain atau anda boleh melakukan strategi promosi yang belum pernah lagi dilakukan oleh orang lain.

Jika anda merupakan seorang affiliater, cuba lakukan cara promosi affiliate yang belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana affiliate lain.

Anda bukan saja perlu berfikir di luar kotak tetapi anda juga perlu berani untuk mencuba dan bertindak. Jangan berfikiran negatif dan cuba aplikasikan idea-idea anda dengan sebaik mungkin.

Jika anda mampu memupuk kedua-dua sifat hebat Steve Jobs ini, anda akan menjadi seorang usahawan internet yang hebat di dalam apa jua model perniagaan internet yang anda ceburi dan mampu menjana keuntungan yang besar di dalam dunia perniagaan internet.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net