TV Alhijrah - Segalanya bermula di sini

http://www.tvalhijrah.com
Mungkin para pendengar radio terutamanya Sinar.FM telah mengetahui mengenai TV Alhijrah melalui iklan mereka namun masih ada juga yang keliru berkenaan TV Alhijrah kerana iklan mereka agak ringkas dan tidak benar-benar menerangkan fungsi kewujudan mereka, seolah-olah iklan berkenaan mempromosikan barangan jualan sahaja.

Sebenarnya TV AlHijrah dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009. Penubuhan Al Hijrah Media Corporation adalah bagi merealisasikan pengendalian sebuah stesen siaran secara percuma seluruh negara dan penerbitan kandungan pelbagai  platform media berdasarkan ajaran agama Islam dan kandungan yang bernilai universal.

Buat masa ini hanya beberapa tempat sahaja yang boleh menerima siaran TV Al Hijrah. Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan CH 22 479.25
Mersing, Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Related Posts:

  • 3 video iklan raya tersedap menyantau semangat   Secara peribadi, pandangan saya terhadap iklan raya Aidilfitri tahun 2014 ini lebih tenang dan menyenangkan.  Mungkin kerana pengarah video raya pada kali ini adalah dari kalangan mereka yang beragama Islam dan … Read More
  • Iklan raya Aidilfitri Petronas 2013 Iklan raya Petronas untuk kali ini adalah menggambarkan kisah kehidupan seorang ibu yang membuat kerja sebagai tukang jahit pakaian, gigih bekerja demi mengumpul wang untuk pengajian anaknya. Iklan berdurasi 8 mini… Read More
  • Promosi kotak berak di Giant?   Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga… Read More
  • Iklan kreatif : Lemon Lemon Lemon   Salah satu fungsi iklan atau pengiklanan adalah sebagai pemberitahuan mengenai adanya sesuatu produk jenama tertentu kepada masyarakat yang disasarkan di dalam sesuatu negara dan tempat. Ia "mendidik" bakal pelangga… Read More
  • Iklan buah dada zaman Mat Sentul Pelbagai cara yang digunakan oleh para pengeluar barangan atau perkhidmatan untuk mengiklankan produk mereka. Ada yang kelihatan sangat kreatif, malah ada yang dirasakan sangat membosankan.  Namun terdapat sesetengah… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan