Kawalan Keselamatan Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala AFF - Suzuki 2010

 

Polis telah bersedia sepenuhnya untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil, Ahad ini.

"Kita telah bersedia sepenuhnya dengan jumlah anggota yang cukup termasuk anggota tambahan dari daerah lain. Kita mampu untuk mengawal keselamatan dalam dan luar stadium," kata Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh kepada Bernama, Jumaat.

Bagaimanapun, bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, polis memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak perkara yang tidak diingini.

"Anggaplah ini sebagai satu perlawanan bola sepak berunsurkan sosial dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak diingini," kata Mohan Singh yang turut mengingatkan penyokong supaya tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api.

Sekitar 90,000 penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium itu seawal 5 petang.
Perlawanan pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada 29 Disember.

~sumber berita dari FAM

Related Posts:

  • Jersi edisi khas dari USA untuk JDT Mulai tahun 2019, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kit jersi tajaan Nike yang direka khas oleh Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat.  JDT secara tidak langsung akan menjadi kelab kedua di As… Read More
  • Senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan an… Read More
  • Liga Super Malaysia 24/05/2017 Sebanyak enam perlawanan berlangsung pada hari ini ( 24 Mei 2017 ). KEPUTUSAN PENUH Felda United  3  -  0  Malacca United  Kedah  3  -  0  T-Team  Kelantan &nb… Read More
  • Keputusan Liga Super 15 Julai 2017 Keputusan Penuh enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, yang berlangsung pada 15 Julai 2017 : Felda United 5 - 1 T-Team Johor DT 3 - 1 Sarawak FA Kedah 1 - 1 Selangor Kelantan 0… Read More
  • Piala Malaysia 1 Ogos 2017 Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung pada 1 Ogos 2017. Felda United 3 - 2 PKNS FC  Johor DT 5 - 0 Terengganu  Kedah 1 - 0 UiTM  Pahang 6 - … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan