Piala Suzuki AFF 2010 : Harimau Malaya bisa mencakar Garuda
By Admin at 11:37:00 pm
bola sepak, sukan
Assalamualaikum...
Apa lagi yang boleh dikatakan...selain mengucap syukur pada Allah SWT kerana Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan Peringkat Akhir Piala Suzuki AFF bagi edisi tahun 2010. Walaupun kita kalah pada perlawan akhir pusingan kedua, namun secara agrigat Harimau Malaya mengatasi Garuda yang sebenarnya capek di pentas akhir ini dengan jaringan 4 berbalas 2.
Sepatutnya gawang gol Malaysia tidak dibolosi dengan dua jaringan itu kerana atas faktor tekanan yang dihadapi oleh Indonesia yang terdesak memerlukan jumlah jaringan yang besar, sekurang-kurangnya mahu memenangi perlawanan ini dengan 4 - 0. Namun rata-rata pemain yang diturunkan oleh ketua jurulatih K.Rajagobal adalah muda. Kebanyakkan mereka diserapkan dari skuad Harimau Muda A dan B.
Amri Yahyah seperlunya dimasukkan lebih awal, mungkin pada minit ke 50 atau 60 bagi memberi idea baru pada barisan serangan Malaysia yang sebenarnya telah mempelajari "tari langkah" penyerang-penyerang kita semasa bertemu di Bukit Jalil tempoh hari. Jika Amri dimasukkan, Nurshahrul Idlan Talaha dilihat amat efektif bermain di "flanker" dan boleh sering bertukar tempat dengan Kunanlan kiri dan kanan bagi mengelirukan barisan pertahanan Indonesia.
Nafas saya seakan sesak dengan aksi yang dipamerkan kerana terdapat sedikit kerisauan apabila gerak hati saya nampak lebih awal gerakkan yang dilakukan oleh pemain Indonesia untuk gol pertama itu benar-benar berhasil untuk jaringkan gol. Pertahanan Malaysia mungkin sedikit alpa dalam menyekat hantaran yang dilakukan oleh pemain Indonesia dan juga terlalu bergantung pada kecekapan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi (dia ni dah ada couple tau. Mantap habis awek dia, cantik dan cun...).
Antara lain kesilapan kecil pemain Malaysia ialah membiarkan pemain sayap Indonesia membawa bola jauh ke kawasan Malaysia dan pemain tengah Malaysia banyak "mengundur" apabila pemain Indonesia membawa bola. Sepatutnya pemain Malaysia wajib menyekat gerakkan pemain Indonesia seawal mungkin sebelum sempat mereka masuk ke kawasan penalti ataupun sebelum mereka dapat membuat hantaran.
Related Posts:
Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA - 19 Februari 2012 Dua baki perlawanan pusingan pertama Piala FA telah berlangsung pada 19 Februari 2012 yang melibatkan pasukan Sime Darby dan Sabah, serta Felda United dan Pahang. Berikut adalah keputusan perlawanan berkenaan :… Read More
Keputusan perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012, Kumpulan C : Malaysia - Jepun 22 Februari 2012 MALAYSIA vs JEPUN Stadium Nasional Bukit Jalil Malaysia akan turun tanpa Wan Zack Haikal Wan Noor dan Gary Steven Robbat kerana menjalani penggantungan perlawanan. Manakala Jep… Read More
Keputusan perlawanan bola sepak Liga Singapura : HARIMAU MUDA - GOMBAK UNITED FC 9 Februari 2012 Harimau Muda A 2 | 0 Gombak United FC Pasukan "Harimau Muda" berjaya mendapatkan mata penuh pada perlawanan pertama mereka dalam Liga S menentang Gombak United FC di Stadium Yishun.&n… Read More
Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super - 14 Februari 2012 Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Februari 2012. Siaran secara langsung perlawanan antara Selangor dan Kelantan disiarkan di TV1, manakala perlawanan Johor FC dan Sarawak disiarkan di Astro Arena 801 … Read More
Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA - 18 Februari 2012 Perlawanan Piala FA 2012, pusingan pertama menggunakan format "kalah - mati". KEPUTUSAN PENUH UiTM FC 0 - 3 Lions XII Kelantan&nbs… Read More