Apabila cikgu berinternet & berblog...

Assalamualaikum...

Semenjak ledakkan teknologi maklumat, semakin ramai rakyat Malaysia yang cuba mendekati bidang yang dianggap masih di peringakt pembangunan.  Semua orang sibuk mempelajari chatting, laman web dan segala macam aplikasi di internet.

Dunia revolusi internet semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan rakyat.  Malah, cikgu yang dibebani dengan tugasan mengajar di sekolah pun tidak ketinggalan dalam mencuba aplikasi-aplikasi dari internet ini seperti , Youtube, Facebook, Friendster, MySpace dan blog. 

Macam-macam ragam cikgu dapat dilihat. Ada yang nampak ketokohan menjadi warga pendidik, tak kurang juga ada yang "kurang mesra blogger" kerana blog dia sudah ramai pengikut dan menerima kehadiran trafik unik dalam kadar yang tinggi.  Komen yang ditinggalkan adakalanya dibalas, itupun kira nasib-nasib aje.  Merasakan diri sudah popular, dapat cek berkali-kali dari Nuffnang, lantaran itu komen dan jejak dibiarkan sahaja tanpa perhatian sewajarnya.  Namun masih lagi ada yang baik serta mesra blogger, tanpa "memilih" follower...

Dah ada cikgu yang ditegur oleh pihak-pihak tertentu agar tidak "bermain" Facebook semasa di sekolah.  Setakat ini belum lagi kedengaran teguran dibuat pada cikgu (guru) yang berblog.  Mereka ini berjaga lewat malam membawa ke pagi kerana asyik dengan kemaskini blog untuk mengejar jumlah pelawat unik.  Ada yang tidur lewat dan tak cukup tidur.  Dikuatiri mutu pengajaran menjadi lebih buruk dari yang sedia ada. Cikgu yang dikatakan bermasalah fikiran pun menggunakan Youtube, Facebook atau blog sebagai medan yang adakalanya digunakan bagi mencurahkan masalah peribadi...


Setakat ini guru perempuan sahaja yang nampak lebih menonjol dalam bhal-hal berkaitan blog dari guru lelaki.  Apakah guru lelaki lebih bersifat merahsiakan jawatan mereka sebenar...?  Apakah watak cikgu di dalam blog sama ketika di alam nyata...?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan