Hijrah yang teramat perlu - Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum...

Kita seringkali dihidangkan dengan cerita tahun baru masihi.  Pelbagai majlis sambutan diadakan samaada oleh kerajaan mahupun organisasi tertentu, dilangsungkan dengan besar-besaran, dan selalunya keterlaluan.  Ada acaranya bercampuran perempuan dan lelaki secara tidak terkawal dan ada juga unsur-unsur penggalak maksiat.

  
Namun apabila tiba Maal Hijrah, sambutannya hambar dan lesu.  Bukan sahaja dari kalangan remaja malah sebilangan orang tua (dato'-dato' & VIP-VIP) dan yang lain memandang lesu akan pengertian sambutan Maal Hijrah yang sama sekali jauh dari hiburan yang selalunya melalaikan dan menjahanamkan rakyat.  Kita tidak perlukan konsert nyanyian artis.  Kita tak perlukan himpunan rakyat yang menghitung detik masuk ke tahun baru. Kita tidak perlukan pembakaran bunga api bagi meraikan tibanya tahun baru.  Jadi apakah yang sebenarnya kita perlukan untuk menyelamatkan umat Islam yang kini layu?

Sudah lama rakyat kita tenggelam dalam arus kemodenan yang mengikut acuan barat serta undang-undang perlembagaan negara yang bukan dari unjuran Islam.  Kini umat Islam sama ada di Malaysia atau serata bumi dipandang enteng.  Pada kelompok kafir ini, ada yang memusuhi Islam dan memandang rendah umat Islam dan cuba mencari cara untuk menjatuhkan imej Islam.  Mereka cuba membawa suatu fitnah yang ingin disemai dalam fikiran masyarakat dunia bahawa agama Islam adalah agama yang mundur dan ganas.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. 

Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah SWT layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

   
    
       Lebih 50 tahun merdeka, inikah hasilnya?  Di mana letaknya Islam di dalam sistem perundangan negara? Apakah hanya digandingkan dengan konsep ketuanan Melayu untuk meraih undi semata-mata.

Related Posts:

  • Peta Negara Palestine 1947 Peta ini telah dikeluarkan oleh Majalah National Geographic dalam tahun 1947, yang menunjukkan bukti bercetak tiada negara yahudi zionis. Yang ada di kawasan berkenaan ialah PALESTINE.  Sehinggalah atas sokongan n… Read More
  • Portal sahih untuk rujukan maklumat terkini Covid 19 Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini. Masih r… Read More
  • Bilik Menukar Lampin Bayi di R & R Tapah disamak PLUS Malaysia Berhad merujuk kepada video seorang wanita memandikan anjingnya di Bilik Menukar Lampin Bayi di R & R Tapah (Arah Selatan) yang sedang tular pada ketika ini. PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian te… Read More
  • Rancangan tv di Jepun bercerita mengenai agama Islam Selamat ulangtahun kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 60 tahun. Semoga Allah melindungi negara ini serta umat Islam dari penipuan dunia dan helah Dajjal yang dilaknat. Kali ini saya berkongsikan sebuah rakaman video men… Read More
  • Alicia Amin : dikecam kerana berbogel ketika photoshoot Alicia Amin, model dari Malaysia yang pernah memgambil bahagian dalam pertandingan Asia's Next Top Model Musim ke 5 telah menghangatkan rakyat Malaysia dengan sesi fotografi bogel di salah satu pantai di negara Australia.… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan