Assalamualaikum...
Sejak zaman awalan kewujudan manusia di bumi, fitnah dan penipuan sudah mula menghinggapi peradapan manusia. Kita dapat lihat betapa kemusnahan dan peperangan yang berlaku akibat dari perkara tersebut.
Fitnah, penipuan dan pembohongan dilakukan oleh mereka yang "mengambil" dunia sebagai matlamat hidup mereka bagi memperolehi kesenangan metarialistik, kemewahan dan kemegahan. Maka dengan itu fitnah wujud dalam pelbagai bentuk serta keadaan. Dalam masjidpun ada orang berani menipu dan mencuri. Tidaklah menjadi satu jaminan mutlak akan kebenaran perkara yang disumpahnya bagi orang yang membuat sumpah yang dirancang di dalam masjid dan baru pulang dari mengerjakan umrah atau haji.
Manusia akhir zaman yang mengejar dunia, akan sanggup membuat apa sahaja asalkan perkara fitnah yang dirancang itu akan kelihatan benar. Puak-puak ini akan cuba berselindung disebalik nama agama bagi meraih simpati. Mereka tidak takut untuk mengeksplotasikan isu-isu agama untuk mendapatkan undi. Dan lama kelamaan fitnah ini semakin membesar lantaran cubaan mereka untuk mempertahankan rancangan pembohongan mereka.
Allah SWT tidaklah semudah itu menjatuhkan bala atau balasan pada hambaNya. Tidak semestinya jika seseorang yang bersalah itu, jika pergi ke Mekah akan terus dijatuhi hukuman oleh Allah SWT. Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang. Allah SWT ingin memberi peluang pada hambaNya untuk memperbetulkan kesilapan. Adalah menjadi hak mutlak Allah SWT untuk menentukan bila masa dan tempatnya untuk "memberi" hukuman.
Dan apabila dilihat seseorang "pelakon" itu selamat pulang dari Mekah, puak-puak tertentu ini akan mencanangkan bahawa "lihatlah, apa yang kami katakan adalah benar dan buktinya si pengadu selamat pulang ke tanah air...".
Fitnah & penipuan berada di mana-mana
By Admin at 8:15:00 pm
Isu semasa
Related Posts:
Raja Bomoh dicela Pendekar Silat Kampung Setelah beberapa kali Raja Bomoh 1Malaysia, iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat aksi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kep… Read More
Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab. Promosi percuma yang beliau… Read More
Akhlak pewaris negara yang semakin lesu Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada h… Read More
Nahas MH370 : Simpati pada wartawan & media massa Berikut ada "print screen" yang diambil daripada status pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Azizi Amal Ismail. Beliau menzahirkan rasa kasihan kepada para wartawan dan pihak media tetapi dalam masa yang sama beli… Read More
Facebooker menghina pilot pesawat MAS MH370 Seseorang telah didapati meroyan dan menghidapi sawan muncul di Facebook. Beliau didapati menghina pilot yang memandu pesawat yang hilang itu yang menurut beliau pilot itu orang dari Negeri Kelantan. Pengguna Faceb… Read More