Forest Skywalk FRIM

Forest Skywalk FRIM telah dibuka. Khas untuk mereka yang sukakan ketinggian, Forest Skywalk (atau Jejantas Rimba) FRIM di Taman Botani Kepong (KBG) yang telah dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos.

Jejantas yang berketinggian 18 - 50 meter ini pastinya akan memukau anda dengan panorama kawasan sekitar, termasuk Hutan FRIM serta kawasan Kepong dan Kuala Lumpur.

Malah dari menara peninjauan, anda boleh melihat pemandangan sejauh 30km termasuk bangunan-bangunan pencakar langit terkenal seperti KLCC, Menara KL, The Exchange 106 dan Menara TM.

📍Lokasi: Forest Skywalk - FRIM [ Waze/ Google Maps ]

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC) : frim_enquiry@frim.gov.my/ 03-6279 7592/7596/7649

Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5).

[ www.frim.gov.my/ms/tarikan/pas-tiket-kemasukan/ ] juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:

- Pelajar (umur 7-17 tahun) : RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
- Kakitangan FRIM : RM 8
- Warga emas: RM 10 | *RM40
- Dewasa: RM 15 | *RM 40
- Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas) : RM 5 | *RM10
- Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Kredit: FRIM




Kredit : FRIM

Related Posts:

  • Resipi udang galah goreng bercili Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang … Read More
  • Keputusan Bola Sepak ACL Play Off : Bangkok Glass FC - JDT Perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 10 Februari 2015 8.00 malam (waktu Malaysia) Leo Stadium Perlawanan ini pasti akan mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tanahair kerana ini merupakan julung … Read More
  • Fungsi Airplane Mode dalam telefon mudah alih Sebilangan pengguna telefon mudah alih atau smartphone tidak pprihatin atau ambil peduli tentang fungsi "Airplane Mode" (Mod Pesawat) yang ada di dalam telefon mereka. Mungkin kerana ramai antara mereka tidak menaiki kapa… Read More
  • Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari … Read More
  • Maksud Pecak lele yang disebut oleh Ajak Shiro Dalam Maharaja Lawak Mega 2014 dan disaat persembahan kedua dari kumpulan Shiro, Ajak telah menyebut "pecel lele" pada Farah Quinn ketika jalan ceritanya berkisarkan mengenai percutian di Pulau Tioman.Namun apa maksud "p… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan