Siaran langsung CIMB Liga Super Malaysia antara JDT dan Sabah di channel RTM Sports


Perlawanan ke 10 saingan CIMB Liga Super diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sabah pada Jumaat, 2 Oktober 2020 nanti akan disiarkan secara langsung oleh RTM Sports.

Maklumat ini adalah berdasarkan jadual siaran yang telah dikeluarkan oleh pihak RTM melalui laman web rasmi mereka selepas kami membuat tinjauan dan mendapati siaran perlawanan itu akan bermula pada jam 8.30 malam.

Siaran itu yang diletakkan dibawah saluran RTM Sports dan penonton boleh menyaksikan perlawanan menggunakan 2 platform iaitu secara online menggunakan MyKlik serta melalui televisyen menggunakan myfreeview TV dimana saluran RTM Sports adalah pada saluran 111.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu juga dijangka bakal menyaksikan pasukan JDT menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-7 berturut-turut, dimana mereka hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata bagi mengesahkan kejuaraan.

Sabah pula yang memperoleh kemenangan penting 3-2 keatas Melaka sebelum ini akan cuba membawa pulang mata bagi membolehkan mereka menjarakkan kedudukan untuk terus kekal berada dalam saingan Liga Super musim 2021.


Kredit : Vocket fc

Related Posts:

  • Iklan buah dada zaman Mat Sentul Pelbagai cara yang digunakan oleh para pengeluar barangan atau perkhidmatan untuk mengiklankan produk mereka. Ada yang kelihatan sangat kreatif, malah ada yang dirasakan sangat membosankan.  Namun terdapat sesetengah… Read More
  • Sakit kepala boleh berjangkit Sakit kepala yang dialami terjadi atas beberapa faktor seperti kurang waktu tidur, masalah dari segi makanan dan minuman, tekanan perasaan dan lain-lain masalah kesihatan dalaman.  Sakit kepala boleh mendatangkan mud… Read More
  • Jenis makanan yang menyebabkan kita gemuk Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysi… Read More
  • Harga gula naik, tahap kesihatan naik? Kenaikan harga gula sebenarnya akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barangan atau produk keperluan yang lain seperti jualan runcit makanan dan minuman. Kenaikan 20 ke 50 sen mungkin dipandang sinis dan e… Read More
  • PENAWAR kencing manis mengikut kaedah perubatan Islam Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan