Cukai mungkin dikenakan untuk pembelian dalam talian


Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

"Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

"Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

"Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku.

"Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, di sini, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Zahidi Zainul berkata, sejak kebelakangan ini, banyak berlaku serangan siber di seluruh dunia akibat ketirisan data seperti yang berlaku pada Western Union, baru-baru ini yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

"Oleh sebab itu, sistem keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelak ia berlaku.

"Justeru, kita perlu sama-sama membantu untuk menampung kos penambahbaikan komunikasi kerana ia membabitkan perbelanjaan besar," katanya.


Kredit :

© New Straits Times Press (M) Bhd

Harian Metro online

Related Posts:

  • Resipi Granola Snack Ia merupakan hidangan yang sangat baik untuk sarapan pagi di perjalanan, bar granola yang lembap dan kenyal ini boleh disesuaikan dengan mana-mana gabungan kacang, biji dan buah-buahan kering. Bahan -bahan : » 1/2 cawa… Read More
  • Liga Super Malaysia - 27 September 2017 LIGA SUPER MALAYSIA 27 September 2017 Keputusan penuh Sarawak 4 - 2 Kedah  T-Team 0 - 1 Pahang  Perak 1 - 0 Penang  Melaka United 2 - 1 Selangor  Kela… Read More
  • Push Pocket - style baru jenayah terancang Bak kata pepatah, "orang lain makan nangka, orang lain pula terkena getahnya". Begitulah yang boleh dikaitkan dengan isu yang saya kongsikan kali ini. Berikut adalah kisah yang dikongsikan di beberapa aplikasi dan lama… Read More
  • Sedekah dalam perniagaan Sedekah dalam berniaga. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Secara ringkasnya sedekah adalah perbuatan yang membantu kita mengumpul pahala yang amat berguna sebagai "passport" ke syurga. Jika dilihat dengan mata hati, amat… Read More
  • Satu lagi tanah utama di KL, dibeli oleh pemaju China Pemaju hartanah dari negara China dijangka membangun kawasan seluas 7.4 hektar di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. China Vanke Co Ltd yang berpangkalan di Shenzen dikatakan telah memenangi tender untuk tanah di luar Seg… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan