Safawi mula berkelana ke Portugal malam ini


Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akan berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Bermakna, aksi ketika JDT menewaskan Sabah 4-1 dan muncul juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi bersama skuad Harimau Selatan.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Premier yang sudah bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan hanya mengutip satu mata daripada dua aksi setakat ini.

Musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dibawah kendalian Antonio Folha.

Kredit teks : Utusan Malaysia online

Kredit gambar : Astro 

Related Posts:

  • Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA! Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Definisi dari segi bahasa " Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkat… Read More
  • Sidek Hussain (pelakon) meninggal dunia Pelakon Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di sisi isterinya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam (27 April 2014), akibat kanser tahap empat. Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser d… Read More
  • Cara paling mudah kupas kulit kentang Kentang telah menjadi salah satu bahan makanan sampingan yang diminati semua golongan. Antara produk dari hasilan kentang ialah jejari kentang goreng dan kentang putar. Ramai orang yang memanfaatkan kentang sebagai makana… Read More
  • Rahsia sarang semut Apakah rahsia sarang semut? Rahsia resepi kuihnyakah atau sarang semut yang sebenar. Untuk pengetahuan umum, di luar negara "sarang semut" dibuat kajian, cuma di Malaysia sahaja dibuat sebagai biskut untuk dimakan. … Read More
  • Kelebihan zikir 'la-illahaillallah' Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan