Guru mengandungkan anak siapa?

Gambar hiasan

Houston: Rahsia perbuatan keji seorang guru wanita di Texas, Amerika Syarikat yang mengadakan hubungan intim dengan tiga pelajar lelaki terbongkar selepas dia disahkan mengandung.

Ashlyn Faye Bell, 24, ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kesalahan seksual yang dilakukan terhadap remaja berkenaan.

Cikgu main dengan tiga orang pelajar lelaki

Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap tiga pelajarnya yang berusia antara 16 dan 17 tahun.

Menurut afidavit kehakiman, Bell dituduh melakukan kesalahan itu pada musim luruh tahun lalu.

Media tempatan, Texarkana Gazette melaporkan Bell dituduh atas kesalahan serangan seksual dan mengadakan hubungan terlarang antara guru dan murid.

Kejadian itu diketahui seorang guru lain selepas terdengar perbualan pelajar terbabit mengenai perkara itu.

Berdasarkan laporan media, pelajar berkenaan bertengkar mengenai siapa yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan guru itu hamil.

Ketika itu, salah seorang daripadanya memberitahu bahawa dia bukanlah bapa kepada bayi yang dikandung oleh Bell.

Susulan itu, guru itu melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Media turut melaporkan, seorang daripada mangsa menceritakan dia diajak bertemu dengan Bell di rumah guru itu, sebelum melakukan perbuatan keji berkenaan.

Mangsa kedua pula memaklumkan dia diajak melakukan perbuatan tidak senonoh itu selepas tamat persekolahan.

Bagi mangsa ketiga, dia mendakwa mengenali Bell ketika berada di perpustakaan sebelum mereka bertemu dan seterusnya melakukan hubungan intim.

Bell kini dibebaskan dengan jaminan AS$150,000 (kira-kira RM622,000), sementara menunggu kes terhadapnya dibicarakan.

Kredit teks : My Metro

Kredit gambar : iluminasi.com


Related Posts:

  • Jamal Yunos telah diberkas oleh polis Indonesia Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos disahkan sudah ditangkap polis Indonesia hari ini (2 Julai 2018), kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dalam kenyataan berkata pemimpin U… Read More
  • Nigeria vs Argentina : World Cup 2018 (Group D) Keputusan Penuh  NIGERIA 1 - 2 ARGENTINA 14' Messi (Argentina) 51' Moses (Nigeria) - Penalti 86' Rojo (Argentina) *Argentina layak ke peringkat seterusnya bersama Croatia yang berada di tempat pertama kumpulan D… Read More
  • Apa lagi jenama sardin yang ada cacing? Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hish… Read More
  • Separuh Akhir Kedua Piala FA - 1 Julai 2018 Keputusan perlawanan bola sepak Separuh Akhir Kedua, Piala FA yang berlangsung pada 1 Julai 2018 yang melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak FC menentang Pahang FA. Pada perlawanan pertama, kedua-dua pasukan terikat s… Read More
  • Malaysia Super League match results : 26 June 2018 Sebanyak empat perlawanan berlangsung pada malam ini (26 Jun 2018) KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN Kedah 2 - 0 PKNS FC  16' Kedah 39' Kedah Melaka United 0 - 4 Johor DT  41' Johor DT 53' Johor DT 64' Joh… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan