Nik Omar bakal dilantik Menteri Besar Kelantan



Nik Omar Nik Abdul Aziz akan mentadbir sebagai Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Nik Omar sebelum ini merupakan calon PH pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Nik Omar akan dicalonkan bagi DUN yang sama nanti.

“Insya-Allah sekiranya PH menang pada PRU-15 nanti Nik Omar akan diberikan mandat sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Dalam pada itu rakyat haruslah bekerjasama dengan mengundi Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Kota Bharu Kali Ke 4, pada petang 30 Oktober 2020. Hadir sama Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Datuk Husam Musa.

Wan Abd. Rahim berkata, pihaknya juga akan mencalonkan Husam sebagai calon PH Kelantan bagi peringkat Parlimen, manakala Nik Omar bagi  DUN.

“Kita juga dan sedang berusaha untuk menarik lebih ramai rakyat menyokong PH termasuk di DUN Kota Lama dan Bunut Payung.

“Apa yang kita lihat sebanyak 25 peratus rakyat Kelantan sudah menolak gabungan Perikatan Nasional iaitu PAS dan UMNO,” ujarnya.

Tambahnya, perjuangan tersebut untuk menarik lebih ramai menyokong PH akan melibatkan beberapa bekas pemimpin Pas dan mereka mampu menjadi tonggak utama mencapai matlamat tersebut.


Kredit teks - UTUSAN ONLINE

Resit gambar - mstar

Related Posts:

  • Kursus Pra Perkahwinan Negeri Melaka 2016 Kursus Pra Perkahwinan & Kekeluargaan Islam Negeri Melaka, bagi tahun 2016 akan diadakan di Kompleks Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka. Ia menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Tanpa Temuduga. … Read More
  • Kenali Loghat di Negeri Perak Di Perak mempunya 5 loghat ataupun dialek yang berbeza.  Mereka yang menetap di sebelah utara, seperti di Parit Buntar dan Bagan Serai ataupun daerah Kerian, lebih kepada loghat utara menyamai negeri Pulau Pinang… Read More
  • Gadis jiran sebelah rumah ajak main Kisah ini adalah perkongsian pengalaman seorang pemuda di perantauan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di bandar besar Malaysia. Diharap kisah ini menjadi garis pengajaran dan pan… Read More
  • Lirik Lagu dan video Wani Feat Juzzthin - Lepaskan Lagu : DJ Fuzz / Zizi Lirik : Lawa Nie Geng / Juzzthin Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Mungkin kau bukan buat ku Berlalu waktu bersama mu Kau beri rindu na… Read More
  • Video pelancaran jersi JDT 2016 Berikut adalah video sempena pelancaran jersi JDT yang akan digunakan mereka dalam tahun 2016 : … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan