"Polis robot" di stesyen KTMB

Anggota Polis Bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Nabilla Isnariah Mohd Jonib (kiri) dan Muhd Amirul Shazlan Badrul Hisham (kanan) melakukan rondaan di dalam gerabak menggunakan topi keledar pintar bagi mengesan suhu badan pengguna yang menggunakan perkhidmatan awam Kereta Api Tanah Melayu (KTM) ketika tinjauan. - Foto Bernama

Awas 'Robocop' di stesen KTMB

KUALA LUMPUR - Mereka yang mengunjungi stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara mungkin terkejut melihat kelibat seperti 'adiwira Robocop' berlegar-legar membuat rondaan di kawasan itu.

Kelibat itu sebenarnya merupakan anggota polis bantuan yang memakai topi keledar pintar yang mampu mengimbas suhu badan orang ramai secara terus di sekitar platform dan dalam tren dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Polis bantuan KTMB, Siti Nabila Isnariah Mohd Jonib, 30, berkata, bacaan suhu badan individu yang diimbas boleh dilihat menerusi cermin pelindung muka atau visor topi keledar itu daripada jarak dua hingga tiga meter.

"Saya ingat peranti seperti ini hanya wujud dalam filem fiksyen Hollywood, tapi rupanya ia praktikal dalam membantu melaksanakan saringan suhu, yang merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN (Majlis Keselamatan Negara)," katanya kepada pemberita pada sesi demonstrasi dan taklimat kepada media di sini, hari ini.

Polis bantuan KTMB memakai helmet pintar pengesan suhu orang awam

Berkongsi pengalaman menggunakan topi keledar itu, pada awalnya, Siti Nabila Isnariah berkata, ia menimbulkan rasa kurang selesa namun lama-kelamaan beliau mampu menyesuaikan diri dan semakin teruja menggunakannya.

Seorang lagi polis bantuan Muhd Amirul Shazlan Badarul Hisam, 26, berkata, sepanjang memakai topi keledar itu beliau belum berpengalaman mengesan penumpang dengan suhu badan melebihi 38 darjah Celsius.

"Sebelum masuk ke stesen dan platform penumpang telah melalui saringan suhu badan menggunakan pengimbas suhu automatik.

“Penggunaan topi keledar pintar ini adalah penambahbaikan kepada SOP sedia dan diharap kaedah tambahan ini akan dapat meningkatkan keyakinan penumpang menggunakan perkhidmatan KTMB," katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad 'Asri Khalbi berkata, penggunaan helmet bernilai mencecah RM50,000 seunit itu sedang diuji untuk tempoh dua minggu bermula Isnin lalu.

Beliau berkata, untuk permulaan hanya ada dua unit topi keledar pintar dan ia masih lagi dalam tempoh percubaan selama dua minggu bermula Isnin (12 Oktober).

“Ia mempunyai keupayaan mengesan suhu dengan ketepatan 99.99 peratus. Penggunaan peranti ini mungkin akan diperluaskan ke stesen lain jika diperlukan," katanya. 

Video :


Kredit :

- Sinar Harian

- Bernama

Related Posts:

  • Ujang meninggal dunia Penyanyi kumpulan rock Samudera yang popular pada era 1990-an, Sarsen (atau Sarfen) Husin atau Ujang Samudera, 50-an ditemui meninggal dunia di kediamannya di Felda Palong Timur Satu, Segamat, Johor (31 Januari 2017). … Read More
  • Penipuan syarikat telekomunikasi yang mungkin anda tidak tahu Sebenarnya banyak penipuan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon mudah alih. Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa … Read More
  • Soalan yang mungkin ditanya masa interview untuk hantar borang nikah Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang … Read More
  • Kecik Hyper Act dah "bercerai" Kecik masih lagi bujang, belum berkahwin. Bercerai itu maksudnya jodoh beliau tiada lagi kerana telah diberhentikan dari Kumpulan Hyper Act, namun tiada dinyatakan sebab terjadinya begitu. Kecik atau nama sebenarnyaMo… Read More
  • Sheikh Salim meninggal dunia Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Seniman negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.44 petang tadi ( 29 Disember 2016 ) ak… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan