Resipi Karipap Pusing


Karipap Pusing Berinti Kentang Ayam

Bahan-bahan untuk inti :

500gm kentang- di dadu kecil
300gm isi ayam yg dipotong kecil
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
2 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 sb udang kering- basuh & toskan*
3 tangkai daun kari
2 buku kiub pati ayam
1 mangkuk kecil daun sup yg telah dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Air
Sedikit Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan :

-Kisar semua bahan bertanda (*)...

-Panaskan minyak untuk menumis...Tak perlu banyak sangat nanti minyak tu meleleh sangat kat celah lapisan karipap...

-Tumiskan semua bahan yang dikisar bersama daun kari,rempah kari & cili kisar hingga naik minyak..goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul garing...

-Kemudian masukkan air, isi ayam dan juga kentang...seterusnya masukkan pati ayam..

- bila hampir mengering baru masukkan gula dan garam secukup rasa..

- Kacau rata hingga kering dan bolehlah diangkat. Sejukkan betul betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap.

Kulit Karipap Pusing

Bahan Doh A:
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Veg Shortening
2 sudu besar Margerin

Bahan Doh B:
2 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam atau secukup rasa
1/2 cawan Air ~~ Anggaran

Cara-cara :

-Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat. Ketepikan.

-Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk di tengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak PANAS) sehingga menjadi seperti serbuk roti.

-Bancuhkan garam bersama air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

-Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan dan masukkan pula 1 bahagian dari doh A pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya.

-Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya...Sama juga macam tadi, sederhana ketebalannya dan digulung lagi...

-Ulangi untuk doh seterusnya. Selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10-15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut....

-Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal ye..Kalau nipis sangat, takut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti...

-Isikan inti secukupnya, tapi jangan terlalu penuh kerana lapisan kariap itu nanti mungkin akan pecah.

Related Posts:

  • Resipi Pencuci Mulut Agar-agar Tembikai Bahan-Bahan : 1. Potong dadu buah berikut : ✔️ Buah Naga ✔️ Buah Kiwi ✔️ Buah Nenas ✔️ Buah Betik ✔️ Buah Tembikai ✔️ Buah Anggur (atau apa-apa jenis buah yang anda suka) 2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang d… Read More
  • Resipi Aiskrim Puding Bahan-bahan : - 1 tin susu pekat (gunakan separuh) - 1 tin susu cair - 1 botol air mineral 1.5 liter - Secubit garam - Puding buah / sumi / jelly  Cara-cara membuat : 1. Masak semua bahan-bahan kecual… Read More
  • Resipi Ayam Masak Palembang Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam Bahan A (dikisar) : - Bawang besar : 2 biji (sederhana) - Bawang putih : 5 - 6 ulas - Halia : besar ibu jari Bahan B : - Serbuk kunyit - Daun kari : 2 - 3 tangkai - Kicap manis : 1/2 cawan… Read More
  • Resipi Halal Wantan WANTAN Kulit wantan - 125g tepung gandum - 40g tepung ubi - sedikit garam - ¾ sudu besar minyak masak - 100ml air panas mendidih * satukan kesemua bahan kering * masukkan minyak dan air panas kemudian uli sampai doh tida… Read More
  • Resipi Granola Snack Ia merupakan hidangan yang sangat baik untuk sarapan pagi di perjalanan, bar granola yang lembap dan kenyal ini boleh disesuaikan dengan mana-mana gabungan kacang, biji dan buah-buahan kering. Bahan -bahan : » 1/2 cawa… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan