Salam Browser : Pelayar web terkini dari Malaysia

 

Browser Yang Menjaga

Pelayar Salam Versi BETA ini diilhamkan oleh SBRO Online Safety Solutions yang berpangkalan di Malaysia.

Kerana ia masih di peringkat percubaan, mereka amat menghargai maklumbalas anda. Mereka meminta bantuan anda  dalam mempertingkatkan pengalaman anda melayari Internet dengan memuat turun Salam. Setiap dua minggu,
ciri-ciri Salam Browser akan dipertingkatkan. 

Salam Browser dipacu (dibangunkan) dengan teknologi Chromium (sumber terbuka)

Berikut adalah beberapa ciri semasa yang ditawrkan oleh Salam Browser :

Internet Menepati Keperluan Diri

Pelayar web Salam dipacu teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman
internet anda agar lebih selamat dan bebas-spam.

freedom  
Keselamatan Dalam Talian
Kawal apa yang anda lihat dalam talian. Elakkan penipuan, “phishing” dan helah dalam talian.

icon-faster-way-browse  
Cara Lebih Cepat untuk Melayari
Internet perlahan? Muat turun video dan muzik dari YouTube dan gunakan ciri Data Saver untuk
memuat turun dengan lebih pantas.


experience  
Pengalaman Bebas-Spam
Menghalang pop-up/-unders web dan nyahkan iklan spam daripada video.


Kerana Anda Prihatin

Layari Internet sambil menghormati tuntutan agama dan memelihara kemurniaan jiwa
Ruangan muat turun Salam Browser

Penggunaan Internet perlu dikawal untuk memastikan fikiran dan hati kita bersih serta
mempunyai tumpuan.Rasulullah bersabda: "Bersederhana dalam mencari perkara-perkara duniawi,
kerana semua orang akan dihisab berdasarkan sebab mereka diciptakan."

Saheeh, Sunnah ibn-Majah, Vol. 3, Book 12, Hadith
 
 
 


Untuk muat turun, sila klik pautan di bawah (masih peringkat beta) :


Buat masa ini SBRO Online Safety Solutions hanya mengeluarkan pelayar web versi komputer
berasaskan sistem operasi Windows


Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net