McDonald’s Takut Dengan Perniagaan Burger Di Malaysia


Pada tahun 1995, satu artikel mengenai McDonald’s telah ditulis oleh Ray Crocs iaitu pemilik rangkaian perniagaan McDonald’s pada waktu itu.

Dalam artikel berkenaan Ray Crocs menyatakan bahawa walaupun McDonald’s telah menjadi gergasi perniagaan burger di dunia, McDonald’s sebenarnya masih tewas kepada dua perniagaan burger. Satu dari Jepun dan satu dari Malaysia.

Burger apakah yang hebat sangat dari Malaysia itu? Terlalu hebat sehingga berjaya menakutkan McDonald’s. Burger yang dimaksudkan ialah burger Ramly.

Menurut Ray Crocs beliau pernah datang ke Malaysia dan beliau agak khuatir jika strategi perniagaan burger Ramly yang mempunyai stall burger kecil-kecilan di tepi jalan, merebak ke Amerika.

Sebagai contoh, jika mengambil situasi di Shah Alam ketika itu, McDonald’s hanya mempunyai 3 cawangan restoran sahaja. Berbanding dengan jumlah stall-stall burger tepi jalan yang ada di Shah Alam ketika itu adalah beratus-ratus bilangannya. Data dari Majlis Bandaraya Shah Alam menyatakan terdapat hampir 800 stall burger berdaftar di Shah Alam ketika itu. Jadi 3 lawan 800 siapa yang menang?

Menurut Ray Crocs lagi McDonald juga bercita-cita untuk menjual burger di tepi jalan namun mereka tidak mampu. Ini kerana tidak ada orang yang mahu beli burger McDonald jika dijual di tepi jalan.

Daripada cerita di atas cukup jelas bahawa bisnes burger di Malaysia sememangnya berpotensi besar. Terlalu besar sehingga mampu menggoyang McDonald’s yang mempunyai 30,000 cawangan restoran di seluruh dunia.

Namun, harus diakui kebanyakkan bisnes burger di tepi jalan sangat lemah dari aspek kualiti produk dan pengurusan bisnes dan ini harus diperbaiki jika kita benar-benar ingin berjihad melalui cara ini.

Sudah tiba masanya peniaga-peniga di tepi jalan menaiktaraf kualiti perniagaan mereka. Inilah antara jihad yang boleh kita lakukan. Jika mahu disuruh berjihad di medan perang seperti di Gaza, sudah pastinya kita tidak mampu. Jadi, berjihadlah dengan cara yang kita mampu, iaitu menerusi perniagaan.

Pada waktu ini, ramai pengguna yang sudah sedar dan menyertai kempen boikot terhadap McDonalds, dalam waktu yang sama, ramai pengguna yang sedang tercari-cari alternatif kepada burger McDonalds.

Apa yang perlu anda lakukan kini... tingkatkan kualiti dan pengurusan bisnes burger anda. Insyallah, selain dapat menjana keuntungan yang berganda, ianya juga akan menjadi sumbangan kepada jihad ekonomi umat Islam.


Disunting dari pemilik artikel asal :

Afiq Rusly
Bisnes Burger

Related Posts:

  • Video pidato umum DSAI Di Universiti Malaya   Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.   Terdahulu pihak Universiti… Read More
  • Usahawan Melayu lalai dalam isu hakcipta Salam sejahtera... Hal seperti isu Yatt Hamzah yang mana  tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI didakwa beliau telah ditiru oleh peniaga lain. Dalam hal ini, beberapa perkara saling berkaitan yang berpunca dari tudung… Read More
  • McDonald’s Takut Dengan Perniagaan Burger Di Malaysia Pada tahun 1995, satu artikel mengenai McDonald’s telah ditulis oleh Ray Crocs iaitu pemilik rangkaian perniagaan McDonald’s pada waktu itu. Dalam artikel berkenaan Ray Crocs menyatakan bahawa walaupun McDonald’s tela… Read More
  • BDSM : kegilaan nafsu melampau BDSM adalah pelbagai amalan erotik melibatkan penguasaan dan penyerahan, peranan bermain, sekatan, dan lain-lain kesanggupan diri. Memandangkan ia mengandungi pelbagai jenis amalan, kemasukannya dalam masyarakat, perke… Read More
  • Penipuan kad kredit dan duit bank yang nampak macam "real" Sindiket penipuan kad kredit ataupun kad debit telah berleluasa sejak kebelakangan ini dan kaedah penipuan pula semakin lick dan canggih. Ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan sindiket seperti ini Masih ramai orang … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan