
- Berkali-kali dan beria-ia keluar berita mengenai kononnya anggota parti pihak lawan berduyun-duyun ambil tindakan keluar parti (sedangkan ianya hanya lakonan ahli parti sendiri).
- Salah seorang ahli parti lawan kerap diberi peluang untuk muncul di siaran televisyen bagi menyatakan pandangan yang dilihat "menyerang partinya sendiri (kebiasaannya orang seperti ini mempunyai masalah peribadi dan terdesak untuk memenuhi hajat peribadi semata-mata).
- Semakin banyak berita yang tidak baik, yang buruk-buruk dicanang di media massa berkenaan dengan negeri yang ditadbir oleh parti lawan (sedangkan sewaktu "parti sendiri" memerintah dah berpuluh-puluh tahun masalah yang sama tak selesai).
- Semakin banyak projek segera diheboh dan pelbagai janji didendangkan (malah ada yang langsung tak dibuat, hanya kosmetik semata-mata).
- Ramai individu dan banyak pertubuhan atas nama NGO yang sebelum ini tidak dikenali, muncul untuk mengeluarkan "statement" pengampu (sengaja diwujudkan kononnya ramai lah yang beri sokongan sedangkan ia "sokong menanti rebah).
- Keluar "statement" harga minyak, harga caj tol dan harga barangan keperluan harian tidak dinaikkan (lebih tepat lagi ditangguhkan...kebiasaannya lepas pilihanraya selalu naik).
- Semakin galak berita keburukan serta fitnah terhadap individu atau parti lawan diceritakan (sedangkan cerita "rumahtangga" sendiri lebih busuk dan jijik).
- Isu bangsa dan agama dimanipulasikan kononnya untuk mempertahankan hak tertentu sedangkan ianya hanya semata-mata untuk meraih undi, (sejak merdeka hingga kini dah berapa banyak tanah orang Melayu diambil atas alasan pembangunan, akhirnya Melayu yang merempat).
- Beri 10, mereka senyap-senyap ambil 100.
Related Posts:
Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di MalaysiaAssalamualaikum....
Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam. Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut?… Read More
Fitnah & penipuan berada di mana-manaAssalamualaikum...
Sejak zaman awalan kewujudan manusia di bumi, fitnah dan penipuan sudah mula menghinggapi peradapan manusia. Kita dapat lihat betapa kemusnahan dan peperangan yang berlaku akibat dari perkara ter… Read More
Hijrah yang teramat perlu - Maal Hijrah 1432Assalamualaikum...
Kita seringkali dihidangkan dengan cerita tahun baru masihi. Pelbagai majlis sambutan diadakan samaada oleh kerajaan mahupun organisasi tertentu, dilangsungkan dengan besar-besaran, dan selalunya ket… Read More
Orang lain tak boleh, puak ni aje yang boleh?Assalamualaikum...
Isu ini sudah beberapa minggu berakhir, tetapi tak ramai yang memberi ulasan yang sewajarnya, namun sebagai memberi "backup" pada "Tuan Guru", saya paparkan perbandingan yang sepatutnya dinilai dengan seba… Read More
AJL menilai lirik dan lagu (gubahan muzik), bukan hanya penyanyi
Pada mereka yang tidak "restu" keputusan AJL 25, adakah anda lebih berpengalaman dan lebih pakar dari M.Nasir selaku ketua juri?. Kalau ya, anda pakatlah ramai-ramai dari kalangan puak anda, guna duit sendiri bikin lai… Read More