Asam Celagi (asam jawa) dan kegunaannya


Assalamualaikum...

Kali ini saya nak berkongsi cerita mengenai asam celagi atau nama yang lebih popular ialah asam jawa. Pelbagai kegunaan serta manfaat yang kita boleh dapatkan dari tumbuhan ini terutamanya pada buahnya (asam), lebih-lebih lagi saya sedang dalam pemulihan dari selsema dan batuk.

Asam Celagi atau asam jawa adalah sejenis pokok malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica.

Asam jawa mempunyai kelongsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Antara transformasi asam jawa ke produk untuk pengguna akhir :

 


** tidak dapat dipastikan sejarahnya kenapa pokok asam ini dinamakan "asam jawa" walaupun ia berada di Tanah Melayu...

**saya suka air asam jawa suam...

Related Posts:

  • Proses pengilangan kondom Kondom merujuk kepada alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual (STD) seperti gonorea, siflis and AIDS. Alat ini berfungsi untuk membendung sperma (air mani) daripada memasuki faraj. Kondom pertama diperbuat da… Read More
  • SIFU Malaysia : Download Percuma Laporan Esklusif Rahsia 9/10   Semua orang sudah sedia maklum tentang perkara ini,  “9/10 Rezeki Adalah Menerusi Perniagaan”.  Saya pasti, anda yang akan membaca laporan ini juga sangat setuju dengan kenyataan ini.  Jika anda sudahp… Read More
  • Cari Rezeki online dengan 8Share Pelbagai kaedah dan landasan yang tersedia untuk para pengguna internet terutamanya para "blogger" dan facebooker" untuk menjana pendapatan sampingan yang jika dijalankan dengan kaedah yang betul, insya Allah ia mampu memb… Read More
  • Petua elak nyamuk dari bayi Jika dilihat dan dikaji disekeliling kita, terdapat bahan-bahan dari alam sekitar yang boleh digunakan untuk melindungi kesihatan dan pencegahan penyakit. Bahan-bahan sebegini agak mudah untuk diperolehi dan digunakan se… Read More
  • Pokok hiasan yang membawa maut Normal 0 false false false EN-US X-NONE TH MicrosoftInternetExplorer4 … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan