Video gadis cuba bunuh diri di KB Mall Kelantan
By Admin at 4:38:00 am
Peristiwa
Assalamualaikum...
Beginilah yang terjadi seandainya tidak diterapkan dengan kefahaman Islam sejak dari awal kanak-kanak. Budaya keIslaman di rumah semakin sepi dari menjadi amalan. Ditambah lagi dengan tiadanya hajat atau cita-cita pemerintahan sedia ada untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang Islam dalam sistem perundangan Malaysia. Maka moleklah berbuat demikian dengan segera memandangkan Malaysia seperti diwar-warkan oleh "puak-puak" mereka iaitu sebagai sebuah negara Islam yang termaju.
Sumber ekonomi sudah bercampur haram sudah bercampur baur dengan yang halal menyebabkan rakyat juga memakan hasil dari sumber haram. Makanan atau minuman yang telah menjadi darah daging rakyat akan menerima kesannya. Lihatlah sekarang ini kes jenayah makin menjadi-jadi. Tiadanya suasana dan roh keIslaman yang tulen dalam sistem pemerintahan negara memburukkan lagi keadaan keseluruhan rakyat.
Akibat dari kelalaian dan kepentingan persendirian pemimpin, maka rakyat Malaysia kini dilihat semakin mundur akhlak dan budi pekerti. Rakyat negara ini dilihat semakin "ganas" dan tidak berperikemanusiaan. Kerap dilaporkan di media arus perdana kes bunuh, rogol, buang bayi, rasuah dan yang sentiasa hangat kini iaitu kes fitnah bersiri. Apabila panduan agama dijauhi, kepentingan politik mundur dan busuk diamalkan, maka negara semakin menghampiri kehancuran. Rakyat terutamanya kanak-kanak, atas jasa beberapa pihak sudah mempelajari beberapa perkataan yang sebelum ini asing bagi mereka iaitu releven, rasuah dan liwat. Mereka mempromosikan cerita lucah di surat khabar dan televisyen dan akhirnya pula menjadi bahan untuk serangan politik.
Related Posts:
Proton Iswara mampu meredah banjir PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gag… Read More
Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia Saya sedekahkan pahala bacaan surah Al Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 9.40mlm tadi... Saya tidak dapat bersua berhadapan dengannya tetapi atas izin Allah, saya dapat b… Read More
Video ucapan syahadah remaja berbangsa Philippines di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Di bawah adalah video yang merakamkan seorang remaja berumur 19 tahun, bernama Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman beberap… Read More
Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari … Read More
Peniaga / pembantu jualan Bazar Ramadhan Jalan Hang Tuah memenuhi surau hanya untuk tidur Pada tahun 2015 ini, masih dianjurkan Bazar Ramadhan di Jalan Hang Tuah, Melaka. Setelah beberapa isu timbul sebelum ini, dilihat bazar ini masih lagi mendapat sambuatan dari kalangan peniaga. Namun jumlahnya tidak… Read More