Tsunami Jepun Tsunami Indon... Malaysia bagaimana?

Assalamualaikum..,

Pada abad ini, "Ombak Besar" melanda Indonesia dan Jepun, apa kesedaran umat manusia?

Bukan hanya Melayu mudah lupa, bangsa lainpun ramai yang mudah lupa.  Mereka seperti mudah lupa pada sejarah, mudah lupa pada "hukuman Tuhan" pada kerosakkan yang dilakukan sendiri oleh manusia.  Bumi ini akan musnah dan kiamat dengan lebih awal atas tangan-tangan manusia sendiri yang melebihkan keduniaan serta kepentingan sendiri sahaja.

Manusia adalah satu makhluk yang hidup secara berkelompok.  Malah haiwan yang tiada akal dapat memberi contoh kehidupan bersatu-padu sedangkan manusia kini kian meminggirkan semangat persaudaraan dan belas ehsan sesama manusia dan alam sekitar.  Mak bapa buang anak, anak buang mak bapa.  Jadi jangan terlalu hairan dan marah dengan berita yang baru-baru ini keluar di Harian Metro mengenai anak buang mak bapa di hospital.  

Mungkin semasa anak-anak mereka masih kanak-kanak, mak bapa tersebut tidak menunjukkan contoh yang tak baik, melayan anak-anak secara kasar, tidak berhemah, banyak menggunakan bahasa kasar, memberi keluarga makan minum dari sumber kewangan yang haram atau "HALAM" (bercampur halal haram).  Saya tidaklah mengatakan ini sebab utama, cuma menyatakan salah satu faktor penyebab.  Ini hanya di peringkat rakyat, belum lagi pimpinan negara yang mengambil cukai dari arak dan judi sebagai sumber pendapatan negara Malaysia yang kononnya negara Islam. Kalau isu negara Islam hanya semata-mata digunakan pada pilihan raya, hanya untuk pancing undi, hindarilah.  

Tak guna mengaku negara Islam, bangga dengan tilawah Al Quran antarabangsa, bangga dengan pembinaan taman tamadun Islam, bangga dengan pembinaan masjid yang cantik, tapi perlaksanaan Islam sepenuhnya dalam perundangan negara tidak diusahakan.  Masih lagi menggunakan acuan dari kafir British dan Amerika Syarikat.

Mereka pernah mengatakan kerajaan negeri di pantai timur tidak tahu mengurus takbir negeri sehingga banjir berlaku, tetapi lebih kurang seminggu selepas itu di Kuala Lumpur, fokus kepada kawasan sekitar Masjid Jamek, banjir berlaku sehingga menghanyutkan kereta.  Semasa itu saya masih melanjutkan ilmu di Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.  Saya sendiri melihat kesan banjir tersebut.  Jangan kerana sedang memegang kuasa pemerintahan, hangpa semua nak dok kutuk dan hina orang lain, cakap besar pula tu.  Diri sendiripun mentadbir negara tak ikut Islam.  Kalau ada ikutpun, Islam yang ada had, ada hari.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net