Tutup aurat bukan sekadar bertudung...


Assalamualaikum...

Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram.  Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitarnya, ianya lebih dari itu.  Suara, gaya pergaulan dan tingkah laku serta adab percakapan juga merupakan aurat yang perlu dijaga.

Fesyen pada pakaian yang "sarung" oleh perempuan pada hari ini mempamerkan kejahilan wanita Islam tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Antaranya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Beranggapan aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Itu kisah perempuan yang bertudung.  Ada yang bertudung hanya kerana watak yang dilakonkan dalam drama atau filem mengkehendakkan si pelakon itu bertudung.  Juga ada yang bertudung kerana menjadi jurucakap atau model kepada jenama tertentu tudung.  Pemakaian sebegini "secara logiknya" sukar mendapat rahmat dan pahala kerana ianya semata-mata berkaitan dengan urusan dunia.

Ada blogger perempuan yang kononnya semakin popular lantaran pasangannya sedang cemerlang dalam sukan bola sepak (kini dah putus tunang), memberi maklumbalas pada komen saya mengenai dirinya yang tidak lengkap menutup aurat dengan kata-kata "dia hanya berpakaian biasa sahaja" dan maksud ayatnya yang lain ialah menidakkan teguran saya itu.  Sedangkan saya memberi nasihat agar dia menutup aurat dengan sempurna agar hubungan dia dan pasangannya itu mendapat lebih berkat dari Allah SWT.  Niat saya cuma mahu lihat mereka lebih berkeadaan baik, tapi "perempuan ini" seperti tidak mahu menerima teguran ikhlas saya.   

Apakah dengan tidak bertudung, berpakaian baju t-shirt yang menampakkan bentuk dada dan badannya serta memakai seluar jeans yang juga bisa menampakkan bentuk punggungnya itu adalah pakaian yang biasa dalam konteks Islam?.  Apakah blogger perempuan ini sudah rasa hebat sangat dengan kepopularannya itu hingga tidak mengambil berat tentang teguran orang lain mengenai auratnya itu?  Atau dia bangga mempamerkan saiz dadanya itu...?.  Kita tegur dengan baik, dia tak nak terima...


~ insya Allah, saya akan menaip artikel mengenai aurat lelaki pula...

Related Posts:

  • Bertarawih di Masjid Kampung Hulu, Melaka Assalamualaikum.... Malam tadi (01/08/201) saya berkesempatan untuk menyertai solat tarawih di masjid berkenaan.  Jumlah rakaat yang dilaksanakan di masjid ini ialah ialah 23 rakaat (tarawih 20 rakaat + witir 3 … Read More
  • Empat cara menyediakan tubuh badan untuk berpuasa Matlamat puasa adalah taqwa. Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar… Read More
  • Dah bayar ZAKAT FITRAH? Harus difahamkan bahawa asas kepada pembayaran zakat adalah kepada harta yang melebihi nisab. Ia bermaksud, keperluan wajib diri dan tanggungan sudah dipenuhi. Ia juga bermaksud, seseorang itu sebenarnya sudah diangga… Read More
  • Teknik untuk berubah menjadi lebih positif di sisi Allah Perubahan masyarakat ke arah yang lebih baik harus dimulakan dari dalam diri sendiri terlebih dahulu.  Setelah sekian lama hidup ini di dalam keadaan yang serba tak menentu dan bercampur halal haram dalam setiap per… Read More
  • 10 perkara asas dalam pembentukan peribadi muslimah Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dari perbuatan yang mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tida… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan