Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM)


Assalamualaikum...

Ada dikalangan kita yang "alahan" pada bisnes MLM.  Terjadinya hal ini kerana teknik pendekatan yang digunakan oleh agen yang menjalankan bisnes tersebut dalam mempromosikan sesuatu bisnes MLM adalah salah. Berita yang disiarkan di media cetak dan elektronik berkenaan dengan perkara-perkara negatif berkaitan dengan MLM ini juga memberi kesan sampingan yang mencemarkan industri MLM.

Yang sebenarnya MLM adalah salah satu cabang bisnes yang boleh menjadi "lubuk duit" sekiranya ia dijalankan serta dipromosikan segara berhemah dan cara yang tidak mendesak orang lain untuk menyertainya.  Sebagai contoh, saya mempunyai akaun Facebook yang di dalamnya mempunyai rangkaian sahabat-sahabat yang rata-ratanya terdiri daripada sahabat sewaktu di kolej. Sewaktu di kolej tidaklah mesra benar, dan sama jugalah keadaannya di dalam FB.  Walaupun akaun dia ada dalam senarai saya, namun jarang nak "bertegur sapa".  Bila dia beri respon pun tidak berapa mesra.  Selalunya saya yang memulakan teguran di FB.

Pada suatu hari, tiba-tiba dia "menegur" saya terlebih dahulu dengan ayat ; "Zaki, kau free x skrg?".  Melihatkan kejadian yang belum pernah berlaku dan gaya ayat yang dia gunakan, saya sudah dapat mengagak niat dia itu...  Dan tepat jangkaan saya, dia ingin mempromosikan bisnes "Score A" nya itu.  Konsep yang dijalankan mirip dengan MLM.  Saya tahu bisnes itu agak bagus, tapi yang tak bagusnya adalah cara dia yang memulakan tegur sapa terlebih dahulu pada saya semata-mata nak suruh saya "join" bisnes tu.  

Walaupun saya juga sedang menjalankan sejenis MLM berteraskan kepada produk "topup prepaid", tapi cara seperti yang digunakan dia itu saya tak minat.  Saya bukannya jenis mudah tergoda dengan keuntungan lumayan yang digarapkan bersama sesuatu promosi.  Saya begitu berhati-hati dan memilih.  Saya tidak suka dikejutkan dengan sebegitu cara. Saya tidak suka didesak.  Buat masa ini, saya rasa cukuplah dengan MLM yang sedang saya usahakan.  Fokus itu lebih baik dari buat dua tiga bisnes tapi akhirnya jadi kacau.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi petua untuk memilih bisnes MLM yang selamat dan bersesuaian dengan keadaan semasa kita.  Tapi mungkin anda merasakan ada cara lain yang lebih sesuai, terpulanglah...


Petua memilih bisnes MLM :

  • Bisnes itu mesti didaftarkan secara sah di Malaysia dan halal. Ia mesti mempunyai pejabat dan struktur organisasi yang sistematik. (tanpa skim seumpama sistem piramid atau skim cepat kaya, cepat datang, cepatlah jua hilang!)
  • Produk yang ditawarkan mestilah satu keperluan harian penduduk Malaysia. Produk tersebut mesti boleh menghasilkan pembelian ulangan berterusan, tanpa perlu kita berkali-kali membuat promosi "gila-gila".
  • Produk mesti mampu dibeli oleh saya dan pelanggan. Tiada gunanya menjual produk mahal yang kita sendiri tidak akan menggunakannya ataupun tidak mampu membelinya.
  • Bisnes itu mesti berkonsepkan SOHO (Small Office Home office) yang boleh beroperasi dari rumah.  Selain dapat mengurangkan kos, kehidupan peribadi tidak berapa terganggu.
  • Urusniaga perlu mudah dan ringkas.  Tiada "marketing plan" yang berselirat atau tidak bersifat mendesak.
  • Perhubungan boleh dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan internet melalui Yahoo Messenger, Free SMS melalui internet dan email.  Ia dapat mengurangkan kos pemasaran.
  • Menyertai MLM mestilah atas dasar kefahaman terhadap bisnes yang dijalankan.



"Kaji dan fahamkan perjalanan bisnes MLM. Jangan hanya nak cepat untung..."
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net