Siapa Melayu?

 **~ Gambar hiasan~**
Salam sejahtera...

Pagi ini sebelum datang ke kedai, saya terpaksa meredah hujan dengan berpayung.  Lebat juga sehinggakan beg sandang dan kaki seluar basah.  Sesampai saya di perhentian bas, terdapat tiga orang lelaki dan dua buah motosikal.  Salah seorangnya lelaki tua berbangsa Melayu dan dua lagi dari pengamatan saya ialah pemuda berasal dari Indonesia.

Yang mencetus ketidaksenangan perasaan saya ialah pengisian perbualan antara si tua Melayu dengan salah seorang pemuda Indonesia itu.  Perbualan mereka agak panjang dan pelbagai topik disentuh.  Sehingalah menyentuh pada perihal bekerja dengan syarikat kontraktor Melayu dan kontraktor Cina.  Si tua dengan bersungguh-sungguh mengutuk, merendah-rendahkan serta memperbesarkan kelemahan dan keburukkan tauke kontraktor Melayu.  Ironinya, si tua Melayu itu begitu memuji dan menyanjung tinggi tauke kontraktor Cina.

Saya sendiri menyedari kelemahan bangsa Melayu dalam pelbagai segi, tetapi saya tidak pernah mengutuk dan merendah-rendahkan bangsa sendiri di depan bangsa lain.  Jika adapun hal yang saya tidak puas hati dengan bangsa saya sendiri, saya cuma berbincang dan meluahkan perasaan pada orang Melayu lain yang berfikiran terbuka dan positif.  Sikap si tua Melayu itu amatlah menjelikkan.


Tidak semua usahawan Melayu yang menjadi tauke buat hal-hal yang tidak baik.  Bukan disebabkan bangsa seseorang usahawan itu Melayu, yang menyebabkan perniagaan tidak maju, bukan kerana disebabkan "Melayu", yang tidak membayar gaji pekerja dengan baik..  Semua bangsa juga ada yang bermasalah, tidak kiralah sama ada seseorang itu usahawan, peniaga ataupun makan gaji.  Apa-apa hal yang berlaku, janganlah nak disalahkan tauke Melayu bulat-bulat.  Pekerja Melayu pun ada juga yang buat hal.  Bila kerja dengan tauke Melayu, kerja main-main, tapi bila kerja dengan tauke Cina, tahu pula jaga kualiti kerja.

Saya tidak pernah lagi jumpa orang Cina bercerita ataupun menyebarkan keburukkan dan kelemahan bangsa mereka sendiri kepada bangsa lain.  Saya sendiri pernah jadi kuli, dan ketika ini telah menjadi tauke.  Maka, saya sedikit sebanyak sudah memahami masalah akar umbi sebenar.  Saya juga walaupun ada masanya kecewa dengan bangsa sendiri, tetapi tidaklah sampai menyebarkannya pada bangsa lain, sebaliknya saya cuba mencari alternatif untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan terlangsungnya untuk bangsa Melayu agar lebih berkualiti di masa hadapan...

"SAYA BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU..."
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net