Assalamualaikum...
Telah lama saya perhatikan. Memang kebanyakkan orang terutamanya mereka yang kerja makan gaji, mahupun orang yang berpangkat besar (walaupun tak le besar mane...), selalu minum dan makan nasi atau apa saja jenis makanan serta minuman tidak menghabiskannya. Ada juga yang beri alasan mereka berbuat demikian kerana tidak mahu kelihatan seperti seorang yang pelahap.
Eh... mereka ini entah mazhab mana yang mereka ikuti? Tidak jadi kesalahan jika anda menghabiskan makanan dan minuman anda dengan licin. Maksud licin di sini bukanlah sampai menjilat pinggan dan cawan. Maksud saya anda wajib menghabiskan jumlah makanan dan minuman yang anda ambil. Kalau rasa-rasa tak dapat nak habiskan, patutnya boleh fikir dari awal lagi iaitu ambil lah makanan serta minuman sekadar mencukupi keperluan. Apakah mereka ini tidak tahu erti perkataan "MEMBAZIR"? Dalam Islam pun mengatakan membazir itu amalan syaitan dan sesiapa yang mengamalkan pembaziran adalah saudara syaitan.
Apakah mereka yang makan gaji ataupun yang berpangkat "besar" ini tidak mengenangkan kesusahan rakyat negara ini ataupun dari negara lain yang kekurangan makanan?. Malah, negara Malaysia yang sudah merdeka sekian lama, dengan pelbagai projek mega seperti projek Formula 1, yang kononnya memberi manfaat untuk rakyat, tetapi ada di kalangan rakyatnya yang makan siput babi (seperti yang pernah disiarkan oleh TV3). Yang miskin bertambah miskin ketika ini, yang kaya masih haloba untuk mengaut seberapa banyak kekayaan sebelum hari "pembalasan". Pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan sumber ekonomi negara berlaku dalam diam. Jikapun ia berlaku secara terang-terangan, maka akan seberapa segera ditutup oleh pihak-pihak tertentu dari diketahui umum.
Cubalah anda buat sedikit pemerhatian dipersekitaran anda, terutamanya semasa jamuan majlis perkahwinan dan majlis jamuan di hotel-hotel. Mereka yang datang itu mengambil makanan sehinggakan penuh pinggan. Menggunung nasi dan lauk dilambukkan di atas pinggan. Selepas itu, cuba anda lihat pinggan mereka setelah mereka beredar dari tempat makan.., apa yang akan kelihatan? Semacam jadi satu budaya, ambil makanan serta minuman melebihi kemampuan mulut dan perut untuk menghabiskan makanan dan minuman tersebut...
Makan tak habis...!
By Admin at 7:30:00 pm
Sikap
Related Posts:
Segmen Satu Gambar Bercerita : Duit Syiling Assalamualaikum.... Inilah yang dikatakan "Sikit-sikit, lama-lama penuh satu tin....". Kalau bawa ke bank, sekali letak atas kaunter daa..., erm... mesti semua orang yang nampak terkejut baboon....… Read More
Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di MalaysiaAssalamualaikum.... Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam. Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut?… Read More
Laman web FAM jadi sasaran hacker'sAssalamualaikum.. Sebelum ini dikhabarkan laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia ) jadi sasaran penggodam dari Indonesia sempena perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indone… Read More
Lepas geram atau ......? Assalamualaikum... Dari sumber yang diperolehi, tidak dapat mengesahkan tempat kejadian ini. Nampak gaya macam berhampiran dengan kawasan rekreasi je. Penjaja jalanan ini dengan "sempoi" menjual hasil jajaannya … Read More