Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ekonomi & moral

Adakah ini hasil kemerdekaan yang diraih selama ini?

Surat khabar "Harian Seks" tanpa jemu menyiarkan berita-berita yang memalukan orang Melayu dengan gambar yang besar, tajuk yang gempak dan sentiasa  meletakkan berita tersebut di muka hadapan, seolah-olah bangga dengan keruntuhan bangsa sendiri.  Melihatkan akhbar berbahasa (milik bangsa lain) lain, tidak pula pihak berkenaan beria-ia memberitahu (jika ada) perkara yang memalukan yang mungkin dilakukan oleh bangsa mereka di muka hadapan.

Pada hari ini, dipaparkan pula berita mengenai segelintir penuntut institusi pengajian tinggi yang melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko. Sama ada kenyataan yang diberikan oleh gadis yang terlibat adalah ayat yang asal ataupun ditokok tambah oleh wartawan, berikut adalah "statment" yang diberikan :


“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” kata gadis berkenaan.


Mereka melakukan perkara seperti ini atas alasan melepaskan tekanan dan menampung pembelanjaan pengajian dan kehidupan seharian mereka.  Perkara semacam ini sudah lama berlaku, iaitu sebelum kenaikan harga barang yang mendadak serta sebelum kejatuhan ekonomi.  Bayangkan dengan kos sarahidup yang semakin tinggi, pembaziran perbelanjaan wang negara oleh sesetengah pemerintah dan penarikkan subsidi barangan keperluan (makanan) harian, keadaan yang macam mana akan berlaku nanti?

Pada mereka yang menyokong kenaikkan harga minyak dan penarikkan subsidi BARANGAN KEPERLUAN / MAKANAN harian rakyat keseluruhannya termasuk rakyat yang sederhana dan miskin, adakah mereka ini akan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang hidup susah?. Adakah mereka akan memasakkan nasi dan lauk untuk rakyat yang miskin dan susah?. Yang miskin semakin miskin, yang rosak bertambah jahanam, yang kaya seolah-olah hidup di kayangan.

Masa bila kita dapat lihat mereka berpusu-pusu datang ke ceruk kampung memberi bantuan pada yang miskin dan hidup serba kekurangan..?, ya masa pilihanraya nanti...


~ pandangan ikhlas, ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang benar2 mengamalkan undang2 Islam dan menjaga kebajikkan rakyatnya.  Jika pihak akhbar nak beri pengajaran pada orang ramai, BUKAN ini caranya.  

Dalam Islam dah diajarkan cara-cara untuk menegur dan menasihati seseorang.  Kenapa tak ikut cara Islam? Cara yang digunakan pihak akhbar sekarang hanya gimik untuk melariskan jualan. Sepatutnya mereka meletakkan pada suatu sudut di akhbar berkenaan simbol "18SX".

Bahagian tengah ada artikel agama Islam (itupun nasib2 le ada...), bahagian belakang surat khabar dipromosikan judi. Ini ke konsep 1Malaysia?
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net