Inspirasi Ahmad Zaki

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 | 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 | 𝗜𝘀𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 | 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 | 𝗛𝗼𝗯𝗶

  • Home
  • Perkhidmatan

Menjelang bulan ramadhan

By Admin at 4:24:00 pm  Islam, ramadhan  

Assalamualaikum...

Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadhan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam Islam, ramadhan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang di bulan ramadhan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu ramadhan, rahsia disebalik amalan yang mulia ini.

Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari. juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan penyucian jiwa. Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaan-Nya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari.

Persoalan yang mungkin harus kita teliti di sini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih terpesona dengan jawatan dalam politik, mengambil hak orang lain dan menyebarkan fitnah pada seteru politik..?. Adakah sebagai pemerintah sebuah negara Islam, anda telah menegakkan serta menggunakan hukum Allah S.W.T. Sama ada anda adalah pemerintah tertinggi negara mahupun sebagai ketua keluarga, ianya adalah tanggungjawab yang besar untuk menyuburkan Islam di hati masyarakat, sekat yang haram tinggalkan yang lagha.

Sebab itu amalan yang baik dalam konteks ramadhan seperti membaca Al-Quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengan Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati.

Harus diingat bahawa walau berapa kali ramadhan ( bulan puasa ) tiba, negara kita masih lagi tidak mengaplikasikan amalan berkaitan dalam pemerintahan. Sering kali diingatkan tentang pembaziran di bulan puasa, namun di dalam pemerintahan negara juga berlakunya penbaziran sumber ekonomi dengan perlaksanaan pembangunan yang hanya menguntungkan sesuku pihak sahaja.  Negara akan muflis bukan kerana subsidi kepada barangan keperluan rakyat, sebaliknya ketirisan dalam perbelanjaan kewangan negara oelh pemerintah.

Semakin hari semakin banyak berita yang kita dengar tentang masalah dalam masyarakat kita. Jangan hanya sibuk memfitnah orang lain yang berlainan fahaman politik dan menjaja tema-tema tertentu dalam pemerintahan sedangkan apa yang dilakukan itu secara perlahan-lahan menyusahkan hidup rakyat di negara ini.  Diharapkan dalam bulan puasa ini, rakyat mulai sedar akan masalah negara yang diselindungkan dengan pelbagai tema serta lagu dan "wayang kulit.  Jadikan bulan puasa yang akan tiba sebagai permulaan untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenar, yang berpanduan kepada Al Quran dan Hadis.

Read More

Qada dan Qadar ketentuan Allah

By Admin at 4:48:00 pm  Islam, Nasihat  
Salam sejahtera...

Ramai orang yang memandang rendah pada mereka yang gagal mencapai sasaran yang dibuat.  Apabila seseorang itu mengalami kegagalan, dia akan dicemuh atau diberi kata-kata yang mematahkan lagi semangat oleh mereka yang tidak mengerti konsep "berani gagal" serta "qada dan qadar".

Percaya kepada qada dan qadar ialah mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata. Ini dapat dilihat dalam satu hadis nabi yang berbunyi seperti berikut:-
"Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal..."
Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah.
Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

Allah juga mahukan kita berusaha terlebih dahulu sebelum qada dan qadar seseorang itu diubah:-
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..." (Surah ar-Rad: ayat 11)

Tetapi sekiranya kita sudah berhabis daya tapi masih hajat kita tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang...




~ artikel ini dibuat kerana saya sedang mengalami masalah dan kegagalan. Dan saya berseorangan sedang berusaha melawan kegagalan yang menimpa saya...
Read More

Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM)

By Admin at 12:55:00 am  bisnes, Nasihat  

Assalamualaikum...

Ada dikalangan kita yang "alahan" pada bisnes MLM.  Terjadinya hal ini kerana teknik pendekatan yang digunakan oleh agen yang menjalankan bisnes tersebut dalam mempromosikan sesuatu bisnes MLM adalah salah. Berita yang disiarkan di media cetak dan elektronik berkenaan dengan perkara-perkara negatif berkaitan dengan MLM ini juga memberi kesan sampingan yang mencemarkan industri MLM.

Yang sebenarnya MLM adalah salah satu cabang bisnes yang boleh menjadi "lubuk duit" sekiranya ia dijalankan serta dipromosikan segara berhemah dan cara yang tidak mendesak orang lain untuk menyertainya.  Sebagai contoh, saya mempunyai akaun Facebook yang di dalamnya mempunyai rangkaian sahabat-sahabat yang rata-ratanya terdiri daripada sahabat sewaktu di kolej. Sewaktu di kolej tidaklah mesra benar, dan sama jugalah keadaannya di dalam FB.  Walaupun akaun dia ada dalam senarai saya, namun jarang nak "bertegur sapa".  Bila dia beri respon pun tidak berapa mesra.  Selalunya saya yang memulakan teguran di FB.

Pada suatu hari, tiba-tiba dia "menegur" saya terlebih dahulu dengan ayat ; "Zaki, kau free x skrg?".  Melihatkan kejadian yang belum pernah berlaku dan gaya ayat yang dia gunakan, saya sudah dapat mengagak niat dia itu...  Dan tepat jangkaan saya, dia ingin mempromosikan bisnes "Score A" nya itu.  Konsep yang dijalankan mirip dengan MLM.  Saya tahu bisnes itu agak bagus, tapi yang tak bagusnya adalah cara dia yang memulakan tegur sapa terlebih dahulu pada saya semata-mata nak suruh saya "join" bisnes tu.  

Walaupun saya juga sedang menjalankan sejenis MLM berteraskan kepada produk "topup prepaid", tapi cara seperti yang digunakan dia itu saya tak minat.  Saya bukannya jenis mudah tergoda dengan keuntungan lumayan yang digarapkan bersama sesuatu promosi.  Saya begitu berhati-hati dan memilih.  Saya tidak suka dikejutkan dengan sebegitu cara. Saya tidak suka didesak.  Buat masa ini, saya rasa cukuplah dengan MLM yang sedang saya usahakan.  Fokus itu lebih baik dari buat dua tiga bisnes tapi akhirnya jadi kacau.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi petua untuk memilih bisnes MLM yang selamat dan bersesuaian dengan keadaan semasa kita.  Tapi mungkin anda merasakan ada cara lain yang lebih sesuai, terpulanglah...


Petua memilih bisnes MLM :

  • Bisnes itu mesti didaftarkan secara sah di Malaysia dan halal. Ia mesti mempunyai pejabat dan struktur organisasi yang sistematik. (tanpa skim seumpama sistem piramid atau skim cepat kaya, cepat datang, cepatlah jua hilang!)
  • Produk yang ditawarkan mestilah satu keperluan harian penduduk Malaysia. Produk tersebut mesti boleh menghasilkan pembelian ulangan berterusan, tanpa perlu kita berkali-kali membuat promosi "gila-gila".
  • Produk mesti mampu dibeli oleh saya dan pelanggan. Tiada gunanya menjual produk mahal yang kita sendiri tidak akan menggunakannya ataupun tidak mampu membelinya.
  • Bisnes itu mesti berkonsepkan SOHO (Small Office Home office) yang boleh beroperasi dari rumah.  Selain dapat mengurangkan kos, kehidupan peribadi tidak berapa terganggu.
  • Urusniaga perlu mudah dan ringkas.  Tiada "marketing plan" yang berselirat atau tidak bersifat mendesak.
  • Perhubungan boleh dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan internet melalui Yahoo Messenger, Free SMS melalui internet dan email.  Ia dapat mengurangkan kos pemasaran.
  • Menyertai MLM mestilah atas dasar kefahaman terhadap bisnes yang dijalankan.



"Kaji dan fahamkan perjalanan bisnes MLM. Jangan hanya nak cepat untung..."
Read More

Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ekonomi & moral

By Admin at 12:59:00 pm  Nasihat, Sikap  
Adakah ini hasil kemerdekaan yang diraih selama ini?

Surat khabar "Harian Seks" tanpa jemu menyiarkan berita-berita yang memalukan orang Melayu dengan gambar yang besar, tajuk yang gempak dan sentiasa  meletakkan berita tersebut di muka hadapan, seolah-olah bangga dengan keruntuhan bangsa sendiri.  Melihatkan akhbar berbahasa (milik bangsa lain) lain, tidak pula pihak berkenaan beria-ia memberitahu (jika ada) perkara yang memalukan yang mungkin dilakukan oleh bangsa mereka di muka hadapan.

Pada hari ini, dipaparkan pula berita mengenai segelintir penuntut institusi pengajian tinggi yang melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko. Sama ada kenyataan yang diberikan oleh gadis yang terlibat adalah ayat yang asal ataupun ditokok tambah oleh wartawan, berikut adalah "statment" yang diberikan :


“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” kata gadis berkenaan.


Mereka melakukan perkara seperti ini atas alasan melepaskan tekanan dan menampung pembelanjaan pengajian dan kehidupan seharian mereka.  Perkara semacam ini sudah lama berlaku, iaitu sebelum kenaikan harga barang yang mendadak serta sebelum kejatuhan ekonomi.  Bayangkan dengan kos sarahidup yang semakin tinggi, pembaziran perbelanjaan wang negara oleh sesetengah pemerintah dan penarikkan subsidi barangan keperluan (makanan) harian, keadaan yang macam mana akan berlaku nanti?

Pada mereka yang menyokong kenaikkan harga minyak dan penarikkan subsidi BARANGAN KEPERLUAN / MAKANAN harian rakyat keseluruhannya termasuk rakyat yang sederhana dan miskin, adakah mereka ini akan sedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang hidup susah?. Adakah mereka akan memasakkan nasi dan lauk untuk rakyat yang miskin dan susah?. Yang miskin semakin miskin, yang rosak bertambah jahanam, yang kaya seolah-olah hidup di kayangan.

Masa bila kita dapat lihat mereka berpusu-pusu datang ke ceruk kampung memberi bantuan pada yang miskin dan hidup serba kekurangan..?, ya masa pilihanraya nanti...


~ pandangan ikhlas, ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang benar2 mengamalkan undang2 Islam dan menjaga kebajikkan rakyatnya.  Jika pihak akhbar nak beri pengajaran pada orang ramai, BUKAN ini caranya.  

Dalam Islam dah diajarkan cara-cara untuk menegur dan menasihati seseorang.  Kenapa tak ikut cara Islam? Cara yang digunakan pihak akhbar sekarang hanya gimik untuk melariskan jualan. Sepatutnya mereka meletakkan pada suatu sudut di akhbar berkenaan simbol "18SX".

Bahagian tengah ada artikel agama Islam (itupun nasib2 le ada...), bahagian belakang surat khabar dipromosikan judi. Ini ke konsep 1Malaysia?
Read More

Kebersihan melambangkan keperibadian

By Admin at 5:29:00 pm  Nasihat, Sikap  
Video nasihat mengenai penjagaan kebersihan bagi mengelakkan penyakit yang wujud di akhir zaman ini.  Ini baru penyakit zahir, belum lagi "penyakit fikiran dan sikap" masyarakat kita hari ini...


Video di bawah sekadar mengambil isi dan maksud penyampaian sahaja, 
TIDAK sama sekali di hati saya untuk promosikan pakaian :

"KEBERSIHAN MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN"


Read More

Kurang Ajar vs Kurang Asam..?

By Admin at 7:35:00 pm  Adap, Sikap  
Assalamualaikum, salam sejahtera...

Selalunya apabila seseorang yang masih muda bertekak atau berselisih faham dengan yang lebih tua atau dalam ayat lain "lebih dahulu makan garam..",  dikatakan ; "aku lebih tua dari kau, kau orang muda, jangan nak kurang ajar dengan aku...".  Tetapi tak semestinya yang mudah tu salah, kadang-kadang orang yang rasa dirinya tua tu lebih banyak "songeh".  Mentang-mentanglah dia tua, semua orang mesti hormat dia tak kira siapa yang benar, semua keputusan dia betul..?

Seperti kata pepatah, "kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa..".  Ada masanya yang muda memang buat silap tetapi yang tua tak selalunya betul.  Saya pernah jumpa orang tua yang ringan benar lidah dan mulutnya mengungkapkan kata-kata carut, dahlah tua perempuan pula tu, dah pergi haji pun...  Sikit-sikit nak salahkan orang, cakap tak pernah nak yang baik-baik, mesti nak mencarut.  Orang tua apa ni? Tunjukkan contoh yang tak baik pada orang lain.

Saya pernah bertanya kepada guru saya, jika dalam keadaan tertentu, orang muda dikatakan "kurang ajar", kalau orang tua yang kurang ajar macam mana pula? Guru saya jawab; "kalau orang tua yang buat kurang ajar, ianya dinamakan "KURANG ASAM...".

1. Kurang Malu
2. Kurang Sopan

3. Tak Tahu Malu & terlebih sopan
Read More

Penilaian luaran harus seiring dengan keperibadian dalaman

By Admin at 6:29:00 pm  Nasihat  
              

Penampilan luaran seharusnya seiring dengan kebaikkan dalam diri, begitu juga sebaliknya.  Apa rasionalnya seseorang itu berpakaian seperti pelacur kelas atasan ataupun yang mendedahkan aurat, tidak kiralah perempuan atau lelaki? Apakah dengan berpakaian sehingga menampakkan bonjolan-bonjolan ghairah itu seiring dengan keperibadian mulia seorang Islam?  Apakah dengan berseluar pendek di khalayak ramai itu serasi dengan tugas seseorang itu sebagai siak masjid..? (sekadar contoh).

Kalau seseorang itu sememangnya orang baik, suka tolong orang, kerap solat, tahu baca AlQuran, tapi pakaiannya menunjukkan susuk tubuh, dedah aurat,tidak memakai tudung dan terlalu bebas bergaul, kenakah imej tersebut dengan keperibadian dalamannya?

Sebagai contoh, anda pergi ke kedai untuk membeli biskut. Tetapi sarung atau balutan biskut itu rosak atau terdedah, sedangkan isi kandungannya nampak elok lagi.. Masihkah anda mahu membeli barangan seperti itu?

Bagi orang yang normal pastinya tidak.Penampilan dan tanggapan luaran amat penting pada seseorang. Hidup manusia ialah bermasyarakat.  Jadi, penilaian luaran itu penting bagi menggambarkan kebaikkan dalamnya. Anda nak ke bersuamikan atau beristerikan lelaki / perempuan yang selekeh dan pengotor, sedangkan kononnya dia baik hati? (pun sebagai contoh dan perumpamaan).

Jaga penampilan bukan sahaja dari segi pakaian, malah dari sudut tingkahlaku serta reaksi anda terhadap persekitaran juga penting.  Kita harus peduli dengan setiap apa yang orang kata.  Mungkin tak semuanya baik, tetapi ia boleh dijadikan kayu pengukur dalam penerimaan masyarakat sekeliling terhadap perbuatan kita.  Selalunya kita sendiri tidak nampak kelemahan dan kesalahan diri melainkan ianya ditegur oleh orang lain.

Bak kata orang Jawa, "the solution is brought to us by the teachings of the Prophet Muhammad true without any additions and rebranding as the teachings of Islam is complete and covers all things".



*Gambar yang digunakan di atas sekadar contoh perbezaan etika berpakaian sahaja, 
tiada niat ingin "mencemarkan" maruah sesiapa, melainkan si pemakai itu sendiri yang berbuat demikian...
Read More

Barang Naik, Beban Bertambah Naik, Semua Naik

By Admin at 9:04:00 am  Isu semasa  

Takkan hujan sahaja yang turun...?
Read More

Nak Islam yang lagu mana?

By Admin at 7:12:00 pm  Islam  
Assalamualaikum...

Dewasa ini kita telah diperdendangkan permasalahan  sosial dan fahaman agama yang extrime.  Masalah sosial yang melanda sebenarnya bukan hanya berlaku dikalangan generasi muda, bahkan orang dewasa dan golongan tua pun ada juga melakukannya.

"Hubungan kasih sayang" tanpa ikatan yang sah pun ada dilakukan oleh generasi tua itu, tetapi pada zaman mereka, tiada telefon berkamera, tiada kamera. Jika ada, pastinya merekapun akan menjadi pelakon 3gp Melayu boleh.  Jadi janganlah nak disalahkan dan mengutuk golongan muda atau remaja sahaja, orang tua punya kemaruk lagu buruk roman ea...(loghrat Negeri Sembilan...).

Ada yang bertudung labuh tapi disebaliknya ada rantai bersalib, mempunyai nama orang Islam tapi dah murtad, rasuah itu haram tapi kalau parti dah macam nak kalah depa ketegak juga beli pengundi atau memalsukan undi (loghrat utara pulak).

Ada masyarakat yang nak Islam cuma separuh sahaja dalam hidup mereka, contohnya mereka mengikut syariat Islam masa nak bernikah, solat hari raya puasa & haji dan jika ada kematian, barulah mereka ini menggunakan Islam dalam kehidupan mereka.  Islam bukan setakat hanya pada pernikahan, perayaan dan kematian sahaja.  ajaran Islam merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia.  Dari permulaan kelahiran manusia, urusan pentadbiran negara hinggalah ke akhir hayat.

Sekarang ini ada pemerintah cuba mengasingkan Islam dari sistem perundangan dan pentadbiran negara.  Ada juga yang nakkan Islam tetapi dengan cara yang dipermudahkan mahupun diberi penjenamaan semula.  Maka bermacam-macam istilah yang digunakan dan cara penyampaian pihak-pihak tertentupun berbeza bagi menarik minat golongan sasar seperti pemimpin politik dan artis bagi menyertai pertubuhan mereka.

Kesimpulannya, jika anda ingin jadikan Islam sebagai cara hidup secara menyeluruh, tiada had atau hari-hari tertentu sahaja, atau juga ingin kembali ke jalan yang benar, ikuti Islam yang diajarkan oleh guru agama di surau dan masjid.  Tidak perlulah sertai mana-mana ajaran Islam dalam versi baru.  Nak mengenali Allah, baca dan pelajari AlQuran disamping mendapatkan guru agama  yang ditauliahkan oleh majlis agama Islam negeri masing-masing.  Kalau sebarangan anda mengikuti perkumpulan motivasi yang kononnya membawa anda lebih mengenali Tuhan, lebih baik tidak perlu kerana jika seseorang itu kurang ilmu agama, maka amatlah senang akidah mereka terpesong dan keimanan mereka tergelincir ke arah kesesatan.

Perpaduan boleh dicapai melalui solat berjemaah

Islam TIDAK menyuruh penganutnya "menyentuh" sensitiviti kaum penganut agama lain, apatah lagi mempersendakan agama sendiri.
Read More

Siapa Melayu?

By Admin at 12:24:00 pm  kecewa  
 **~ Gambar hiasan~**
Salam sejahtera...

Pagi ini sebelum datang ke kedai, saya terpaksa meredah hujan dengan berpayung.  Lebat juga sehinggakan beg sandang dan kaki seluar basah.  Sesampai saya di perhentian bas, terdapat tiga orang lelaki dan dua buah motosikal.  Salah seorangnya lelaki tua berbangsa Melayu dan dua lagi dari pengamatan saya ialah pemuda berasal dari Indonesia.

Yang mencetus ketidaksenangan perasaan saya ialah pengisian perbualan antara si tua Melayu dengan salah seorang pemuda Indonesia itu.  Perbualan mereka agak panjang dan pelbagai topik disentuh.  Sehingalah menyentuh pada perihal bekerja dengan syarikat kontraktor Melayu dan kontraktor Cina.  Si tua dengan bersungguh-sungguh mengutuk, merendah-rendahkan serta memperbesarkan kelemahan dan keburukkan tauke kontraktor Melayu.  Ironinya, si tua Melayu itu begitu memuji dan menyanjung tinggi tauke kontraktor Cina.

Saya sendiri menyedari kelemahan bangsa Melayu dalam pelbagai segi, tetapi saya tidak pernah mengutuk dan merendah-rendahkan bangsa sendiri di depan bangsa lain.  Jika adapun hal yang saya tidak puas hati dengan bangsa saya sendiri, saya cuma berbincang dan meluahkan perasaan pada orang Melayu lain yang berfikiran terbuka dan positif.  Sikap si tua Melayu itu amatlah menjelikkan.


Tidak semua usahawan Melayu yang menjadi tauke buat hal-hal yang tidak baik.  Bukan disebabkan bangsa seseorang usahawan itu Melayu, yang menyebabkan perniagaan tidak maju, bukan kerana disebabkan "Melayu", yang tidak membayar gaji pekerja dengan baik..  Semua bangsa juga ada yang bermasalah, tidak kiralah sama ada seseorang itu usahawan, peniaga ataupun makan gaji.  Apa-apa hal yang berlaku, janganlah nak disalahkan tauke Melayu bulat-bulat.  Pekerja Melayu pun ada juga yang buat hal.  Bila kerja dengan tauke Melayu, kerja main-main, tapi bila kerja dengan tauke Cina, tahu pula jaga kualiti kerja.

Saya tidak pernah lagi jumpa orang Cina bercerita ataupun menyebarkan keburukkan dan kelemahan bangsa mereka sendiri kepada bangsa lain.  Saya sendiri pernah jadi kuli, dan ketika ini telah menjadi tauke.  Maka, saya sedikit sebanyak sudah memahami masalah akar umbi sebenar.  Saya juga walaupun ada masanya kecewa dengan bangsa sendiri, tetapi tidaklah sampai menyebarkannya pada bangsa lain, sebaliknya saya cuba mencari alternatif untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan terlangsungnya untuk bangsa Melayu agar lebih berkualiti di masa hadapan...

"SAYA BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU..."
Read More

Makan tak habis...!

By Admin at 7:30:00 pm  Sikap  
Assalamualaikum...

Telah lama saya perhatikan.  Memang kebanyakkan orang terutamanya mereka yang kerja makan gaji, mahupun orang yang berpangkat besar (walaupun tak le besar mane...), selalu minum dan makan nasi atau apa saja jenis makanan serta minuman tidak menghabiskannya.  Ada juga yang beri alasan mereka berbuat demikian kerana tidak mahu kelihatan seperti seorang yang pelahap.

Eh... mereka ini entah mazhab mana yang mereka ikuti? Tidak jadi kesalahan jika anda menghabiskan makanan dan minuman anda dengan licin.  Maksud licin di sini bukanlah sampai menjilat pinggan dan cawan.  Maksud saya anda wajib menghabiskan jumlah makanan dan minuman yang anda ambil.  Kalau rasa-rasa tak dapat nak habiskan, patutnya boleh fikir dari awal lagi iaitu ambil lah makanan serta minuman sekadar mencukupi keperluan.  Apakah mereka ini tidak tahu erti perkataan "MEMBAZIR"?  Dalam Islam pun mengatakan membazir itu amalan syaitan dan sesiapa yang mengamalkan pembaziran adalah saudara syaitan.

Apakah mereka yang makan gaji ataupun yang berpangkat "besar" ini tidak mengenangkan kesusahan rakyat negara ini ataupun dari negara lain yang kekurangan makanan?.  Malah, negara Malaysia yang sudah merdeka sekian lama, dengan pelbagai projek mega seperti projek Formula 1, yang kononnya memberi manfaat untuk rakyat, tetapi ada di kalangan rakyatnya yang makan siput babi (seperti yang pernah disiarkan oleh TV3).  Yang miskin bertambah miskin ketika ini, yang kaya masih haloba untuk mengaut seberapa banyak kekayaan sebelum hari "pembalasan".  Pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan sumber ekonomi negara berlaku dalam diam.  Jikapun ia berlaku secara terang-terangan, maka akan seberapa segera ditutup oleh pihak-pihak tertentu dari diketahui umum.

Cubalah anda buat sedikit pemerhatian dipersekitaran anda, terutamanya semasa jamuan majlis perkahwinan dan majlis jamuan di hotel-hotel.  Mereka yang datang itu mengambil makanan sehinggakan penuh pinggan. Menggunung nasi dan lauk dilambukkan di atas pinggan.  Selepas itu, cuba anda lihat pinggan mereka setelah mereka beredar dari tempat makan.., apa yang akan kelihatan?  Semacam jadi satu budaya, ambil makanan serta minuman melebihi kemampuan mulut dan perut untuk menghabiskan makanan dan minuman tersebut...

Read More

Sendu dihati siapa yang tahu...

By Admin at 5:15:00 pm  Perasaan  


Rasa hiba bila janji yang ditagih tidak dikotakan oleh orang yg berjanji...

Rasa pilu bila aku dalam kepayahan, kawan yang dahulunya pernah aku tolong berhabis-habisan, kini buat tak tahu...

Rasa kecewa bila belum mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dirancang, orang lain memandang sepi pada setiap usaha yang aku lakukan...
Read More
← Newer Posts Older Posts → Home

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan

Urutan Tradisional

Urutan Tradisional

Blog Archive

  • ►  2025 (18)
    • ►  June (2)
    • ►  May (8)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2024 (40)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2023 (87)
    • ►  December (8)
    • ►  November (11)
    • ►  October (10)
    • ►  September (4)
    • ►  August (18)
    • ►  July (10)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  March (11)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2022 (146)
    • ►  December (7)
    • ►  November (16)
    • ►  October (5)
    • ►  September (3)
    • ►  August (17)
    • ►  July (12)
    • ►  June (18)
    • ►  May (22)
    • ►  April (19)
    • ►  March (20)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2021 (128)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  September (13)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (20)
    • ►  May (13)
    • ►  April (20)
    • ►  March (19)
    • ►  February (3)
    • ►  January (6)
  • ►  2020 (123)
    • ►  December (8)
    • ►  November (22)
    • ►  October (8)
    • ►  September (11)
    • ►  August (7)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (14)
    • ►  April (17)
    • ►  March (20)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (110)
    • ►  December (2)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (12)
    • ►  June (18)
    • ►  May (7)
    • ►  April (26)
    • ►  March (10)
    • ►  February (15)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (109)
    • ►  December (10)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (10)
    • ►  June (20)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (6)
    • ►  February (14)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (153)
    • ►  December (6)
    • ►  November (6)
    • ►  October (8)
    • ►  September (21)
    • ►  August (29)
    • ►  July (8)
    • ►  June (8)
    • ►  May (27)
    • ►  April (23)
    • ►  March (13)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (58)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (10)
    • ►  April (11)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (11)
  • ►  2015 (94)
    • ►  December (20)
    • ►  November (5)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (13)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (6)
    • ►  March (8)
    • ►  February (10)
    • ►  January (15)
  • ►  2014 (319)
    • ►  December (22)
    • ►  November (23)
    • ►  October (19)
    • ►  September (11)
    • ►  August (24)
    • ►  July (34)
    • ►  June (22)
    • ►  May (17)
    • ►  April (36)
    • ►  March (45)
    • ►  February (33)
    • ►  January (33)
  • ►  2013 (199)
    • ►  December (41)
    • ►  November (21)
    • ►  October (21)
    • ►  September (21)
    • ►  August (13)
    • ►  July (18)
    • ►  June (29)
    • ►  May (8)
    • ►  April (15)
    • ►  March (7)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (205)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (1)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (24)
    • ►  May (32)
    • ►  April (30)
    • ►  March (37)
    • ►  February (33)
    • ►  January (19)
  • ►  2011 (221)
    • ►  December (26)
    • ►  November (22)
    • ►  October (30)
    • ►  September (15)
    • ►  August (29)
    • ►  July (20)
    • ►  June (16)
    • ►  May (15)
    • ►  April (13)
    • ►  March (14)
    • ►  February (7)
    • ►  January (14)
  • ▼  2010 (111)
    • ►  December (18)
    • ►  November (7)
    • ►  October (15)
    • ►  September (29)
    • ►  August (10)
    • ▼  July (12)
      • Menjelang bulan ramadhan
      • Qada dan Qadar ketentuan Allah
      • Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM)
      • Mahasiswi liar berjoget tiang - bukti kegawatan ek...
      • Kebersihan melambangkan keperibadian
      • Kurang Ajar vs Kurang Asam..?
      • Penilaian luaran harus seiring dengan keperibadian...
      • Barang Naik, Beban Bertambah Naik, Semua Naik
      • Nak Islam yang lagu mana?
      • Siapa Melayu?
      • Makan tak habis...!
      • Sendu dihati siapa yang tahu...
    • ►  June (9)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2009 (12)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
  • ►  2008 (21)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (8)
  • ►  2007 (17)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  March (4)
    • ►  January (1)

Babab.net

facebook you tube tweeter google linked in rss

Mosquito Killer Stick Natural Herbal

Mosquito Killer Stick Natural Herbal
Click picture to buy

Bisnes Sabun "Home Made"

Bisnes Sabun "Home Made"

Panduan Settle Hutang PTPTN

Panduan Settle Hutang PTPTN
Klik gambar untuk tahu cara Settle Hutang PTPTN

BisnesTikTok Shop

BisnesTikTok Shop

Bisnes Burger

Bisnes Burger

Bisnes Air Balang

Buat Bisnes Bakeri

Buat Bisnes Bakeri

Buat Bisnes Di Shopee

Buat Bisnes Di Shopee

Buat Bisnes Di Lazada

Lubuk Gajet Dari China

Kajian Yakjuj & Makjuj

Popular Posts

  • Kisah Nazel dan Ustazah Roslina
    “Awak ni dah kenapa?! Merengek mintak berjimak je yang awak tahu?! Awak ingat awak tu hebat sangat atas katil ke?! Saya balik rumah ni ...
  • Gambar-gambar banjir di Muar
    Seperti yang telah dilaporkan oleh Malaysian Meteorological Department pada jam 8.52 pagi dan amaran yang dikemaskini pada pukul 4.15 p...
  • Gadis jiran sebelah rumah ajak main
    Kisah ini adalah perkongsian pengalaman seorang pemuda di perantauan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elekt...
  • Isteri gadaikan diri untuk kenaikkan pangkat
    Siti berdiri sambil merenung ke lantai. Corak karpet di kakinya yang bertumit tinggi direnung dengan fikiran yang berkecamuk. “Ma...
  • Resipi Takoyaki
    Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 sb tepung jagung 1 1/2 cawan air 2 biji telur Sedikit serbuk pati ayam Sedikit garam Car...
  • Senarai Frekuensi stesyen radio di Malaysia
    Assalamualaikum... Radio antara alat perhubungan dan sumber maklumat terawal dari televisyen.  Ianya serupa seperti pinggan dan ca...
  • Keputusan Liga Super Malaysia 30 Mac 2019
    Berikut keputusan penuh bagi tiga perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang telah berlangsung pada 30 Mac 2019 : Petaling Jaya Cit...
  • Maksud Muamalat Dalam Islam
    Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan memandang kepad...
  • Bilangan rakaat dalam solat tarawih : berapakah yang seperlunya?
      Assalamualaikum.... Tentunya menjadi perbualan di kalangan kita tentang jumlah rakaat untuk solat tarawih yang dibuat di masjid.  Jika se...
  • Resepi apam balik keropok (rangup)
      Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik , merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu ...

Promosi

 
  • Pusat Blog

    adiWidget Wordpress Theme by ThemePix.com | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com
    NewBloggerThemes.com