Siri Perubatan Islam : Doa merawat tulang patah


Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat sebagai penawar dan penyembuhan. Tiap-tiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Setiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada penyakit tertentu, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

Pada artikel kali ini saya berkongsikan maklumat kepada para pengunjung blog ini mengenai khasiat ayat-ayat suci Al Quran untuk merawat masalah kecederaan patah atau retak tulang.

Cara untuk merawat tulang patah adalah dengan mengurut perlahan-lahan pada bahagian tulang yang patah dan baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah al-Fatihah sekali
2. Selawat syifa' sekali
3. Doa merawat tulang seperti yang berikut ( Surah Yaasin ayat 78 dan 79, Surah al-Baqarah ayat 259 dan Surah al-Anbiya' ayat 30 )

Anda juga boleh menyertakan sekali penggunaan apa-apa ubat sapuan asalkan ianya 100% seperti minyak gamat bagi ikhtiar sampingan. Jangan berputus asa dan terus mengamalkan kaedah ini dari semasa ke semasa.

Dan saya suka mengingatkan diri saya dan anda, apabila kita berubat dengan ayat-ayat suci al Quran ini, pastikan kita menjaga adab-adabnya seperti menutup aurat dan berwudhuk.  Seeloknya duduk menghadap arah kiblat.  Pastikan juga kita berusaha untuk memenuhi tanggungjawab solat 5 waktu disamping solat-solat sunah yang lain.

Ini adalah ikhtiar selain daripada kita menggunakan kaedah perubatan moden.  Selain itu sekiranya keadaan memerlukan, pergilah ke hospital yang berteraskan keIslaman yang ada di negara kita ini.

Insya Allah, segalanya akan OK...!

Giveaway Akhir Tahun 2013 DJH








Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini.
Mari sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai pemberian ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner di atas untuk sertai!

Bengkel Kepimpinan Keusahawanan Kredit Mikro Bank Rakyat - Maktab Koperasi Malaysia


Pada 13 hingga 14 November 2013 yang lalu telah diadakan Bengkel Kepimpinan Keusahawanan Kredit Mikro Bank Rakyat Siri 1 2013 dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia cawangan Petaling Jaya di Hotel Naza Talyya Melaka.

Matlamat utama bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Kredit Mikro dari Bank Rakyat kepada usahawan kecil dan sederhana di negeri Melaka. Selain itu, para peserta juga diperkenalkan dengan konsep berkoperasi di dalam perniagaan serta kesedaran mengenai pengurusan kewangan dan gerak kerja secara berkumpulan.

Berikut adalah gambar suasana semasa aktiviti bengkel berkenaan :



 
Inilah kumpulan yang saya menjadi ketuanya. 
Kumpulan Double Prima a.k.a kumpulan 2

Aktiviti yang dijalankan ialah pembentukan kumpulan dengan mengambil kira aspek mencipta nama, logo dan visi kumpulan yang ditubuhkan.  Selain itu setiap kumpulan yang ada perlu menyelesaikan tugasan dan membuat penyelesaian secara demokrasi dalam kumpulan.

Sememangnya dah nasib saya, kemana juga kursus atau seminar yang saya hadiri, saya adalah antara calon untuk menjadi "penghulu atau naib penghulu" sepanjang kursus berlangsung.  Pada peringkat kumpulan pula, saya telah dilantik menjadi ketua.  Itulah hasilnya jika kita terlalu menonjol diri dari segi perwatakan, terlalu idealis dan terlalu vokal dalam menyampaikan pendangan.

Resepi Spaghetti Carbonara


Bahan-bahan (untuk hidangan  5 ke 6 orang) :

500 g spaghetti
3 ulas bawang putih
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
2 biji cendawan butang (dihiris)
Hirisan daging ayam / seafood 500-700 g

Cara-cara penyediaan :
  • Masukkan telur, parmesan cheese, double cream, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
  • Rebus spaghetti dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam atau seafood dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
  • Masukkan spaghetti yang masih panas ke dalam kuali.
  • Alihkan kuali daripada api. Masukkan bahan-bahan (langkah 1) yang telah dipukul tadi ke dalam kuali. Kacau hingga sekata. (Kuali dialihkan supaya telur tidak berketul-ketul. Pastikan spaghetti masih panas semasa campuran telur dan cheese digaulkan dengan spaghetti supaya telur masak).
  • Masukkan parsley flakes dan kacau.
  • Siap untuk dihidangkan.

Resepi asli Spaghetti Carbonara tidak menggunakan "double cream". Tetapi dalam resepi ini ianya ditambah supaya rasanya lebih berkrim. Juga digantikan "bacon" dalam resepi asal dengan daging ayam atau seafood yang pastinya halal.

Resepi Pasta Bakar


Bahan-bahan 
(hidangan untuk 5 atau 6 orang)  :

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)

300 g daging cincang

2 ulas bawang putih – dicincang halus

1 ulas bawang merah – dicincang halus

1 biji lobak merah – dipotong dadu

1 batang seleri – dipotong dadu

250 g tomato puri

250 g sos tomato

Garam dan lada hitam

Minyak untuk menumis

Mozzarella cheese

1 biji telur

 
Cara-cara
  • Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
  • Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
  • Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
  • Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
  • Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.
 Hidangkan mengikut cara yang anda inginkan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan