Niat ketika sedang berwudhu


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6"


Dalam artikel ini saya kongsikan pula niat di dalam hati yang disertakan semasa melakukan perbuatan wudhu itu iaitu :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Ceramah usahawan di Kolej Komuniti Selandar

 

Dalam dua minggu lepas saya dihubungi oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Selandar yang beralamat di KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, JALAN BATANG MELAKA, 77500 SELANDAR, MELAKA.  Ianya berkenaan dengan jemputan untuk menjadi penceramah di dalam forum yang merupakan sebahagian aktiviti mereka yang dinamakan "Skill Attack".

Sesi forum atau dialog berkenaan diadakan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Selandar. Ianya dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar kolej berkenaan disamping beberapa kakitangan kolej berkenaan yang bertugas mengendalikan program pada hari itu. Fokus sesi dialog berkenaan adalah berkisarkan mengenai "kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer", namum saya dimaklumkan bahawa diminta untuk berkongsikan pengalaman, pengetahuan dan kata-kata nasihat serta motivasi dalam menyediakan diri menjadi usahawan secara umumnya.

Di dalam ceramah berkenaan, saya menekankan beberapa konsep untuk menyediakan diri menghadapi cabaran dalam dunia bisnes iaitu "perbezaan mencari rezeki dan mencari duit", membetulkan niat sebelum ingin berniaga atau menjadi usahawan, berfikiran kreatif dan luas dalam perniagaan, tidak meletakkan duit sebagai halangan utama untuk tidak berniaga dan lain-lain motivasi yang saya rasakan perlu untuk generasi muda seperti pelajar berkenaan tahu sebelum masuk ke dunia perniagaan.  

Saya juga berkongsikan kepada mereka yang ada di dalam dewan berkenaan berkenaan  dengan bisnes mudah yang boleh disertai mereka serta merta tanpa menggunakan duit sebagai modal utama. Sebelum mengakhiri ceramah saya pada hari itu, saya sempat untuk mengingatkan mereka seandainya ingin memulakan sesuatu usaha niaga, amalkan konsep yang diperkenalkan oleh Chef Li iaitu "biar kecil asal berhasil dari besar akhirnya bubar...". Untuk bermula sesuatu yang baru, biarlah bermula dengan kecil-kecilan yang sesuai dengan kekuatan semasa kita.

Sememangnya sukar untuk menggalakkan sesiapa sahaja untuk berniaga atau menjadi usahawan, lantaran latarbelakang dna persekitaran yang tidak menggalakkan mereka untuk berniaga namun perjuangan tidak harus berhenti di sini sahaja. Jihad ekonomi bangsa kita wajib dikembangkan dan dipadukan demi masa depan agama dan negara yang tercinta.

 
Sedang menunggu sesi dialog (ceramah) bermula sambil meneliti 
Android Q88 untuk aktivit akan datang

 
Berbual dengan Ketua Jabatan Kolej Komuniti Selandar sebaik sahaja 
selesai ceramah yang diberikan oleh saya dalam kurang lebih 1 jam 15 minit.

Sesi menerima cenderamata dari Kolej Komuniti Selandar

 
Antara yang hadir semasa sesi dialog (ceramah)

Resipi Talam Labu Berlauk

 

Kali ini saya kongsikan resipi dan cara penyediaan makanan berasaskan labu. Ia juga turut menggunakan produk keluaran RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.


A:  400  gm    Labu Manis – rebus & lecek halus

B:  1/2  cawan   Tepung Gandum
  1/2  cawan   Tepung Ubi
  1/2  cawan   Tepung Beras
  1/2  cawan   Gula Pasir
  1/2  cawan   Santan
  1/2  cawan   Susu Cair
  1  cawan   Air
  1/2  tsp    Garam
        Sedikit Pewarna Kuning

C:  1  sudu besar  Minyak Masak

Topping :  

200  gm    Daging Lembu Kisar Ramly
  1  sudu besar  Tasty Black Pepper Ramly
  1/2  cawan   Minyak Masak
  1  sudu besar  Sos Sotong
  50  gm    Udang Kering
  1  pokok    Daun Bawang
  1  pokok    Daun Sadri
  2  biji    Cili Merah
  2  sudu besar  Bawang Goreng
Cara Penyediaan :

1.  Rebus labu manis sehingga lembut dan lecek dan ketepikan.

2.  Campur ke semua bahan B, sebatikan dan masukkan labu manis yang telah di lecek dan masukkan minyak masak. Gaul sebati.

3.  Tuang adunan ke dalam loyang bujur dan kukus selama 20 minit.

4.  Untuk membuat topping, panaskan minyak dan goreng Daging Lembu Kisar Ramly dahulu. Masukkan Tasty Black Pepper Ramly dan  sos sotong. Masak seketika dan tapis untuk membuang sedikit minyak dan sejukkan.

5.  Tabur  Daging Lembu Kisar Ramly  bersama  dengan  udang  kering, daun bawang , daun sadri , bawang goreng dan cili merah di atas talam labu tadi

6.  Potong dan siap untuk dihidang. 

Battle of Burger Bakar : jenama burger bakar di Malaysia

Zam Burger Bakar & Western Foods

Sebelum ini rakyat Malaysia terutamanya di negeri Melaka dilanda "musim coconut shake". Dilihat jenama Coconut Shake Klebang mendominasi pasaran.  Namun keghairahannya kini seperti sudah kembali reda.  Kini seluruh negara dighairahkan pula dengan "musim burger bakar".

Jenama seperti Rawang Burger Bakar dan Burger Bakar Abang Burn meniti di bibir penggemar makanan ini. Dengan dagingnya yang tebal, sos, mayonis dan keju yang meleleh membuatkan pelanggan kecur air liur menahan godaan dari burger bakar.

Seperti juga coconut shake yang dipopularkan oleh jenama Coconut Shake Klebang, perniagaan burger bakar juga menjadi ikutan setelah ianya dikomersilkan dan dipopularkan oleh jenama terawal yang wujud. Dalam pemerhatian saya dari segi penjenamaan burger bakar di internet, terdapat kurang lebih dari 20 jenama. Tetapi mungkin  juga masih ada tidak menyenaraikan jenama burger bakar mereka di internet.

Secara umumnya resepi kebanyakkan burger bakar adalah sama dan ada yang di "upgrade" kan dari burger biasa. Yang menjadi perbezaan ialah "air tangan" orang yang mengadun daging burger bakar yang dibuat sendiri serta ditambah dengan ramuan rahsia.

Berikut adalah senarai jenama-jenama burger bakar yang menemui rakyat dalam pasaran makanan burger di sekitar Semenanjung Malaysia (a.k.a Semenanjung Tanah Melayu) :

Burger Bakar Wangsa Melawati

Burger Bakar Wangsa Maju

Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakaar No.1

Burger Bakar Taman Impian Emas

Burger Bakar Geng

Burger Bakar Kaw Kaw

Deen Burger Bakar

Deqwan Burger

Hero Burger Bakar

HK Grill Burger

KL Burger Bakar

KL Ukay Perdana Burger Bakar

99 Burger Bakar 

Rawang Burger Bakar

Street Grill Burger 

NZ Hot Stone Grilled Burger 

Yazid Burger Bakar

Zam Burger Bakar & Western Food (Melaka)

Zam Burger Bakar (Perlis)


**ada kemungkinan antara jenama-jenama ini sudah berada di Sarawak dan Sabah

**mungkin juga di Sarawak dan Sabah sudah ada jenama burger bakar dari negeri mereka sendiri

Resepi Rojak Utara 3 Bebola


Rojak ialah variasi makanan tradisi yang mungkin mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran mentah, mee kuning, tauhu dan daging, yang dicampur dengan kuah. Makanan ini mudah ditemui di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kali ini akan dikongsikan resepi penyediaan rojak yang diberi nama "rojak utara tiga bebola"

Kuah Rojak :

1  sudu besar  Rempah Kari Daging
1/2  cawan   Cili Mesin
2  biji    Bawang merah                           dimesin 
2  cm    Halia

10  biji    Buah Kurma – rebus & mesin
1  cawan   Air


5  keping   Biskut Merry
1  sudu kecil  Garam
2  sudu besar  Gula
3  keping   Asam keping
1  sudu besar  Black Pepper 
1  sudu besar  Chili sos (sos dalam botol)
1/2  cawan   Kacang Tanah – goreng & tumbuk
1  sudu besar  Tepung Jagung – campur sedikit air
1  sudu besar  Bijan – goreng tanpa minyak

Sayuran : 
2  keping    Tauhu - goreng
3  keping   Tauhu Fucuk – goreng
1/2  batang   Timun
1  biji    Sengkuang
1  cawan   Taugeh
10  biji    Bebola Sotong – goreng
10  biji    Bebola Ayam  – goreng
10  biji    Bebola Daging  – goreng

Cara penyediaan :1.  Tumis cili mesin, bawang merah dan halia. Masukkan rempah kari daging. Masak sehingga garing
2.  Masukkan buah kurma  yang dimesin, kacang tanah, biskut merry. Masukkan air
3.  Masukkan  Black Pepper dan Chili. Masak seketika
4.  Masukkan bijan dan asam keping. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Rasa garam dan gula. Masak seketika.
5.  Goreng tauhu fucuk, celur taugeh dan potong semua sayuran,potong bebola sotong, bebola ayam, bebola daging dan atur dalam pinggan dan hidang bersama kuah rojak.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan