Saat aku kehilanganmu...

update dengan video muzik di penghujung artikel

Salam sejahtera...

 

Selalunya kita dengar kes-kes putus kasih sayang ni akibat lelaki yang meninggalkan perempuan, terutamanya disebabkan atas faktor kecurangan lelaki terhadap perempuan.  Tetapi ianya berlainan dengan apa yang saya alami pada Jumaat lepas.  "My girlfriend" buat hal untuk kali kedua.  Sebelum ni kami pernah putus hubungan lebih kurang tiga tahun lalu. Dia juga yang minta "clash" dan dia juga yang minta nak sambung semula.  Kali ni dia mengulangi lagi perkara yang sama.

Saya dah buat apa yang dia suka, apa yang dia nak tapi hal seperti ini tetap juga berlaku.. Silap saya kerana menjadi lelaki yang terlalu sayangkan cinta, yang terlalu lurus, terlalu baik dan terlalu percaya. Sejak lebih beberapa tahun dahulu semasa saya mula-mula menjalinkan hubungan dengan dia, saya sudah berazam untuk memperisterikan dia.  Namun saya ini lelaki biasa yang serba kekurangan dari segi rupa dan harta.  Perniagaan yang saya usahakan ketika ini masih belum lagi mencapai tahap membanggakan. Bersusah payah saya cuba berjimat cermat sebaik mungkin dalam perniagaan semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup disamping dia selama-lamanya, namun itu masih lagi tidak dapat memuaskan kehendak dia.

Semasa dia minta sambung dahulu, pelbagai kata-kata penyesalan diucapkan, pelbagai janji setia disemaikan, namun apabila dugaan datang menimpa, seolah-olah dia melupakan segala kata-kata dan janji-janjinya itu..  Kali pertama dia minta putus dahulu saya merayu dan sanggup mengeluarkan "air mata lelaki" kerana tak sanggup kehilangan orang yang amat saya cintai.  Namun kali ini dia telah merosakkan kasih sayang yang saya simpan dalam kalbu ini.

Madah untuk insan yang kembali melukai hati ini :

"Az, hati ini seperti dah kebas dengan luka cinta yang kau berikan pada aku...  Kemungkinan besar selepas ini tiada lagi diriku di alam percintaan, hanya yang ada ialah jalan untuk aku teruskan hidup aku selagi Tuhan memberi kesempatan waktu untuk aku mengembara di bumi ini..."

Edit Gambar Bersama HUSNIAH ZAIMAH


Assalamualaikum...

Peraduan kali ini adalah peraduan yang ke dua saya sertai selepas peraduan "Gambar makan paling sedap".  Yang perlu saya buat kali ini adalah mengubahsuai gambar yang diberikan dengan pengubahsuaian yang paling baik.  Saya sebenarnya ada banyak idea dan "design", tetapi gambar di bawah ini yang saya pertaruhkan untuk peraduan yang dianjurkan oleh pemilik blog "lover-knock1234".  Tarikh tutup peraduan ialah pada 5 Disember 2010.  Dan inilah hasil pengeditan saya :



Dan bagi memudahkan perbandingan antara gambar asal dengan yang sudah diubahsuai, sila lihat gambar regu di bawah ini :

    
                                  Sebelum edit                                   Selepas edit

Saya sangat-sangat mengharapkan penyertaan kali ini juga menghasilkan sesuatu keputusan yang membanggakan, sama seperti atlit Malaysia yang berjaya melepasi sasaran jumlah pungutan pingat emas dalam temasya Sukan Asia yang dianjurkan di Guangzhou, China.

Sesiapa yang nak sertai peraduan ini boleh klik ke pautan berikut :  SERTAI PERADUAN

Jualan komputer Pentium 4


Set komputer untuk dijual :-
 

Monitor 17"
Keyboard & Mouse
Meja & Kerusi
CPU :
Windows XP
Pentium 4
RAM512 DDR
Anti Virus Grisoft 2011
Microsoft Office 2007

RM570.00


Perisian tertentu akan dikemaskini setelah saya mendapat pembelinya. Hubungi saya dengan meninggalkan nombor telefon dan alamat e-mel pada blog ini sekiranya ada yang berminat nak beli, terutamanya yang berada di Melaka. Dari tempat lain pun boleh juga kalau rajin nak jalan jauh...

Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di Malaysia

Assalamualaikum....

Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam.  Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut? Apakah jenis pengorbanan yang perlu diagungkan bagi mengangkat darjat keikhlasan itu?  Apakah pengorbanan bangsa Melayu dalam mencapai kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) sesuatu yang dikenang?

Apakah atas alasan pembangunan, Melayu rela dan terus menerus menjual dan menggadaikan tanah untuk dijalankan projek-projek mega yang akhirnya bangsa ini sendiri tidak mampu untuk membeli hartanah yang dibangunkan lantaran harganya yang terlalu mahal, diluar kemampuan orang Melayu.  Cuma sebilangan konglomerat Melayu sahaja yang mampu membelinya dan kebanyakkan dari mereka mempunyai kabel besar dari kalangan orang politik pemerintah.  Malah VVIP Melayu ini turut sama aktif berpolitik demi kepentingan perniagaan mereka.

Mengenai Melayu di Pulau Pinang dan lain-lain tempat, isu orang Melayu terpinggir, tertindas dan tergadai sudah lama berlaku iaitu sebelum revolusi politik di Malaysia. Bukan sebab DAP yang mentadbir Pulau Pinang, masalah bangsa Melayu baru muncul. Masalah ini sudah lama bermula iaitu sebelum wujudnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Pemerintah sedia ada telah diberi peluang lebih 50 tahun untuk memakmurkan negara, jadi kenapa parti yang baru mendapat mandat dari rakyat sudah nak dicantas?. Berilah masa kepada mereka seperti juga masa yang diberikan kepada pemerintah sedia ada.

Perjuangan dan pengorbanan yang sebenarnya untuk Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) ialah dari kalangan pejuang-pejuang bangsa Melayu seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Mat Salleh serta beberapa orang lagi.  Bukannya saya ingin menafikan sumbangan bangsa lain dalam perjuangan kemerdekaan negara, tetapi pada masa sebelum merdeka, bangsa Cina dan India masih lagi menganggap negara asal mereka adalah "tanahair" mereka, bukannya di sini.  Mereka bekerja dan memerah hasil bumi Tanah Melayu dan disalurkan pada negara asal masing-masing.  Penjajah Inggeris cuba menyembunyikan kisah sebenar perjuang pahlawan-pahlawan Melayu ini kerana mereka bangkit memperjuangkan Islam di Tanah Melayu.  Maka serentak dengan itu, penjajah Inggeris mula mengangkat sebilangan pemimpin Melayu yang sealiran dan boleh dikawal oleh mereka untuk menjadi pemimpin yang berpanduan peraturan dan perundangan penjajah.

Perlu diingat bahawa kemerdekaan Tanah Melayu diberikan atas sebab perjanjian JUSOLI, iaitu orang Melayu dipaksa untuk berkongsi negara dengan bangsa asing (pada masa itu) dan bukannya kemerdekaan yang diperjuangkan kerana berjaya menghalau penjajahan Kristian / Inggeris.  Begitu ramai pejuang bangsa Melayu yang mati demi memperjuangkan sert menegakkan agama Islam di Tanah Melayu, tetapi atas kelicikkan para penjajah serta sebilangan pengkhianat bangsa, maka satu perjanjian direka dan dipaksa untuk dipersetujui bagi meneruskan penjajahan era baru di mana ianya berjalan secara tidak begitu disedari oleh rakyat hari ini.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Kes pembunuhan, buang bayi, permusuhan berbaur kepentingan politik, isu murtad dan keruntuhan akhlak di kalangan orang Islam (Melayu) makin menjadi-jadi.  Ini semua hasil dari pada "benih kerosakkan" yang ditanam oleh para penjajah untuk melihat Tanah Melayu (Malaysia) tidak sepenuhnya menjadi negara Islam, kalau adapun unsur-unsur ke-Islaman, ianya ada had dan ada hari tertentu sahaja. Isu terbaru yang agak popular di kalangan blogger kini ialah video berkenaan remaja Melayu tanpa segan silu berkucupan di tepi jalan di bandaraya.  Ini adalah salah satu tanda-tanda keruntuhan Islam di Malaysia.  Maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka tanpa berselindung. Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih tidak dapat melaksanakan hukum hakam Islam? Selama ini buat apa?



 
Pahlawan Melayu yang memperjuangkan Islam diperlakukan sebegitu hina.  Inilah pengorbanan yang sejati dari Melayu yang benar-benar inginkan kemerdekaan dan kedaulatan Islam.

~p/s: Al Fatihah buat pahlawan-pahlawan Melayu yang telah "gugur" dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

Karnival Usahawan 2010 - KUG Melaka

Mulai semalam hingga hari Ahad ini ( 12- 14 November 2010 ) saya berada di karnival tersebut yang dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka di Kota Fesyen, MITC, Melaka.  Tugas saya di sana sebagai pemantau "booth" Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.

Di "booth" KUG Melaka ini, terdapat dua usahawan terpilih untuk mempamerkan produk perniagaan masing-masing iaitu usahawan dari KUG Melaka dalam bidang kek dan pastri serta kecantikkan / kesihatan.  Saya cuma meletakkan "iklan bunting" sahaja.

Selain itu saya turut mempromosikan Program Perantisan GIATMARA dan KUG Melaka.  Program ini memberi peluang kepada belia yang berumur 15 ke 20 tahun untuk mendapatkan latihan kemahiran percuma dalam bidang tertentu.  Elaun bulanan diberikan sebanyak RM200 selama 6 bulan.  Tenaga pengajar adalah dari kalangan ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.

Kelab Usahawan GIATMARA Melaka beruntung kerana mendapat booth yang paling hampir dengan pentas utama. Booth KUG Melaka bernombor 22.






Bergambar di sebelah "bunting" rekaan saya

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan