Saat aku kehilanganmu...

update dengan video muzik di penghujung artikel

Salam sejahtera...

 

Selalunya kita dengar kes-kes putus kasih sayang ni akibat lelaki yang meninggalkan perempuan, terutamanya disebabkan atas faktor kecurangan lelaki terhadap perempuan.  Tetapi ianya berlainan dengan apa yang saya alami pada Jumaat lepas.  "My girlfriend" buat hal untuk kali kedua.  Sebelum ni kami pernah putus hubungan lebih kurang tiga tahun lalu. Dia juga yang minta "clash" dan dia juga yang minta nak sambung semula.  Kali ni dia mengulangi lagi perkara yang sama.

Saya dah buat apa yang dia suka, apa yang dia nak tapi hal seperti ini tetap juga berlaku.. Silap saya kerana menjadi lelaki yang terlalu sayangkan cinta, yang terlalu lurus, terlalu baik dan terlalu percaya. Sejak lebih beberapa tahun dahulu semasa saya mula-mula menjalinkan hubungan dengan dia, saya sudah berazam untuk memperisterikan dia.  Namun saya ini lelaki biasa yang serba kekurangan dari segi rupa dan harta.  Perniagaan yang saya usahakan ketika ini masih belum lagi mencapai tahap membanggakan. Bersusah payah saya cuba berjimat cermat sebaik mungkin dalam perniagaan semata-mata untuk mencapai cita-cita hidup disamping dia selama-lamanya, namun itu masih lagi tidak dapat memuaskan kehendak dia.

Semasa dia minta sambung dahulu, pelbagai kata-kata penyesalan diucapkan, pelbagai janji setia disemaikan, namun apabila dugaan datang menimpa, seolah-olah dia melupakan segala kata-kata dan janji-janjinya itu..  Kali pertama dia minta putus dahulu saya merayu dan sanggup mengeluarkan "air mata lelaki" kerana tak sanggup kehilangan orang yang amat saya cintai.  Namun kali ini dia telah merosakkan kasih sayang yang saya simpan dalam kalbu ini.

Madah untuk insan yang kembali melukai hati ini :

"Az, hati ini seperti dah kebas dengan luka cinta yang kau berikan pada aku...  Kemungkinan besar selepas ini tiada lagi diriku di alam percintaan, hanya yang ada ialah jalan untuk aku teruskan hidup aku selagi Tuhan memberi kesempatan waktu untuk aku mengembara di bumi ini..."

Related Posts:

  • Arwahyarham Din Beramboi 1 - Dalam kenangan Keadaan arwah ketika sedang nazak. Hingga ke hari ini saya mengharapkan ini adalah cuma mimpi, namun takdir penentu segala... Assalamualaikum... Selepas menonton siaran Astro 105, rancangan "Di sebalik Din Beramboi @ Meo… Read More
  • Arwahyarham Din Beramboi 2 - Jauh Di Sudut Hati Salam sejahtera... Lirik lagu di bawah ini mungkin saja bermain di sanubari isteri arwah Meor Ahmad Fuad (Din Beramboi) iaitu Suhaini Che Man.  Namun jika tidakpun, saya merasakan bait-bait kata yang terkandung dalam … Read More
  • Saat aku kehilanganmu...update dengan video muzik di penghujung artikel Salam sejahtera...   Selalunya kita dengar kes-kes putus kasih sayang ni akibat lelaki yang meninggalkan perempuan, terutamanya disebabkan atas faktor kecurangan lelaki te… Read More
  • Diluar Kemampuan ku - sinambungan dari "saat aku kehilanganmu..."Memang saya sedang dalam kekecewaan terhadap seorang perempuan yang sangat saya sayang dan setia untuk dijadikan sebagai isteri, namun segala yang dibuat serba tidak mencukupi untuk mengikat cintanya pada saya sementara saya … Read More
  • Tujuh "pernah" dalam cinta   Di mana bumi dipijak, dimana langit dijunjung, di situlah pasti ada hati insan yang pernah terguris tatkala berkongsi perasaan, menyulam kasih dalam menyantuni tuntutan sunah pada umat Nabi Muhammmad S.A.W. Saya… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan