Karnival Usahawan 2010 - KUG Melaka

Mulai semalam hingga hari Ahad ini ( 12- 14 November 2010 ) saya berada di karnival tersebut yang dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka di Kota Fesyen, MITC, Melaka.  Tugas saya di sana sebagai pemantau "booth" Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.

Di "booth" KUG Melaka ini, terdapat dua usahawan terpilih untuk mempamerkan produk perniagaan masing-masing iaitu usahawan dari KUG Melaka dalam bidang kek dan pastri serta kecantikkan / kesihatan.  Saya cuma meletakkan "iklan bunting" sahaja.

Selain itu saya turut mempromosikan Program Perantisan GIATMARA dan KUG Melaka.  Program ini memberi peluang kepada belia yang berumur 15 ke 20 tahun untuk mendapatkan latihan kemahiran percuma dalam bidang tertentu.  Elaun bulanan diberikan sebanyak RM200 selama 6 bulan.  Tenaga pengajar adalah dari kalangan ahli Kelab Usahawan GIATMARA Melaka.

Kelab Usahawan GIATMARA Melaka beruntung kerana mendapat booth yang paling hampir dengan pentas utama. Booth KUG Melaka bernombor 22.






Bergambar di sebelah "bunting" rekaan saya

Related Posts:

  • Minyak Urut Bidara Mak Aya Saya merupakan Massage Therapist (Ahli terapi urutan) dari URUTAN - Tanjung Rimau Dalam, adalah merupakan ejen kepada Minyak Urut Bidara Mak Aya di Melaka. Ia adalah produk resipi turun temurun buatan usahawan Melayu dari… Read More
  • Saranan Dato Rusly Abdullah kepada orang Melayu Berikut merupakan cadangan penyelesaian masalah sosio ekonomi bangsa Melayu di Malaysia dari Chef Li : Cuba kita mulakan hari ini : 1. Beli ikan dan sayur hanya dari penjual Islam yg terhampir dgn kediaman anda walaupun… Read More
  • Apa kegunaan Carousell ? Tangkap Gambar, Senarai, Jual. Begitulah "trademark" bagi sebuah flatfom atas talian yang turut menyediakan aplikasi untuk aktiviti jualan dan belian secara on line. Carousell menyediakan pasaran secara mudah alih yang… Read More
  • Syarikat Pengeluar Cat Orang Melayu Islam di Malaysia Bina Paint adalah jenama pengeluar cat bagi cat kalis air, cat gelanggang sukan, cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah. Bina Paint adalah pengeluar ca… Read More
  • Raja Kondom Dunia Ada Di Malaysia? Raja Kondom, GOH SIANG memiliki KILANG KONDOM TERBESAR di dunia terletak di Pontian, Johor.Kondom ni satu benda yang agak 'taboo' bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan