Salam Aidiladha 1431 Hijrah - Erti pengorbanan di Malaysia

Assalamualaikum....

Hari ini kita menyambut perayaan yang juga penting dalam agama Islam.  Tetapi apabila saban tahun Malaysia dan negara Islam lain menyambutnya, apakah rakyat memahami erti disebalik sambutan tersebut? Apakah jenis pengorbanan yang perlu diagungkan bagi mengangkat darjat keikhlasan itu?  Apakah pengorbanan bangsa Melayu dalam mencapai kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) sesuatu yang dikenang?

Apakah atas alasan pembangunan, Melayu rela dan terus menerus menjual dan menggadaikan tanah untuk dijalankan projek-projek mega yang akhirnya bangsa ini sendiri tidak mampu untuk membeli hartanah yang dibangunkan lantaran harganya yang terlalu mahal, diluar kemampuan orang Melayu.  Cuma sebilangan konglomerat Melayu sahaja yang mampu membelinya dan kebanyakkan dari mereka mempunyai kabel besar dari kalangan orang politik pemerintah.  Malah VVIP Melayu ini turut sama aktif berpolitik demi kepentingan perniagaan mereka.

Mengenai Melayu di Pulau Pinang dan lain-lain tempat, isu orang Melayu terpinggir, tertindas dan tergadai sudah lama berlaku iaitu sebelum revolusi politik di Malaysia. Bukan sebab DAP yang mentadbir Pulau Pinang, masalah bangsa Melayu baru muncul. Masalah ini sudah lama bermula iaitu sebelum wujudnya Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Pemerintah sedia ada telah diberi peluang lebih 50 tahun untuk memakmurkan negara, jadi kenapa parti yang baru mendapat mandat dari rakyat sudah nak dicantas?. Berilah masa kepada mereka seperti juga masa yang diberikan kepada pemerintah sedia ada.

Perjuangan dan pengorbanan yang sebenarnya untuk Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) ialah dari kalangan pejuang-pejuang bangsa Melayu seperti Tok Bahaman, Tok Janggut, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Mat Salleh serta beberapa orang lagi.  Bukannya saya ingin menafikan sumbangan bangsa lain dalam perjuangan kemerdekaan negara, tetapi pada masa sebelum merdeka, bangsa Cina dan India masih lagi menganggap negara asal mereka adalah "tanahair" mereka, bukannya di sini.  Mereka bekerja dan memerah hasil bumi Tanah Melayu dan disalurkan pada negara asal masing-masing.  Penjajah Inggeris cuba menyembunyikan kisah sebenar perjuang pahlawan-pahlawan Melayu ini kerana mereka bangkit memperjuangkan Islam di Tanah Melayu.  Maka serentak dengan itu, penjajah Inggeris mula mengangkat sebilangan pemimpin Melayu yang sealiran dan boleh dikawal oleh mereka untuk menjadi pemimpin yang berpanduan peraturan dan perundangan penjajah.

Perlu diingat bahawa kemerdekaan Tanah Melayu diberikan atas sebab perjanjian JUSOLI, iaitu orang Melayu dipaksa untuk berkongsi negara dengan bangsa asing (pada masa itu) dan bukannya kemerdekaan yang diperjuangkan kerana berjaya menghalau penjajahan Kristian / Inggeris.  Begitu ramai pejuang bangsa Melayu yang mati demi memperjuangkan sert menegakkan agama Islam di Tanah Melayu, tetapi atas kelicikkan para penjajah serta sebilangan pengkhianat bangsa, maka satu perjanjian direka dan dipaksa untuk dipersetujui bagi meneruskan penjajahan era baru di mana ianya berjalan secara tidak begitu disedari oleh rakyat hari ini.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Kes pembunuhan, buang bayi, permusuhan berbaur kepentingan politik, isu murtad dan keruntuhan akhlak di kalangan orang Islam (Melayu) makin menjadi-jadi.  Ini semua hasil dari pada "benih kerosakkan" yang ditanam oleh para penjajah untuk melihat Tanah Melayu (Malaysia) tidak sepenuhnya menjadi negara Islam, kalau adapun unsur-unsur ke-Islaman, ianya ada had dan ada hari tertentu sahaja. Isu terbaru yang agak popular di kalangan blogger kini ialah video berkenaan remaja Melayu tanpa segan silu berkucupan di tepi jalan di bandaraya.  Ini adalah salah satu tanda-tanda keruntuhan Islam di Malaysia.  Maksiat dan jenayah dilakukan secara terbuka tanpa berselindung. Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih tidak dapat melaksanakan hukum hakam Islam? Selama ini buat apa?



 
Pahlawan Melayu yang memperjuangkan Islam diperlakukan sebegitu hina.  Inilah pengorbanan yang sejati dari Melayu yang benar-benar inginkan kemerdekaan dan kedaulatan Islam.

~p/s: Al Fatihah buat pahlawan-pahlawan Melayu yang telah "gugur" dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.

Related Posts:

  • Hati-hati! Ada telur ayam palsu Seperti yang pernah dimaklumkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), yang menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Mengikut s… Read More
  • Video artis K-POP memeluk perempuan bertudung "INI SEMUA MENGUNDANG MALAPETAKA........" Sudah menjadi viral video dan gambar yang menyaksikan peminat artis K-POP iaitu dari kumpulan B1A4 memegang, memeluk malah mencium perempuan dari kalangan peminat mereka yan… Read More
  • Gilakan trafik dari internet, artikel fitnah disebarkan Kononnya ia adalah majlis perkahwinan Datin Azurah yang dilangsungkan di sebuah hotel di Melaka "Saya rasa bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa ini adalah cerita fitnah yang telah disebarkan, yang memburukan imej ora… Read More
  • Kenyataan media Muhyiddin Yassin KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk b… Read More
  • Hati-hati dengan penipu di sekitar lokasi tumpuan ramai di Melaka Lokasi tempat tumpuan ramai terutamanya kawasan pelancongan sering menjadi pilihan para penipu yang mencari duit mudah dengan membuat pelbagai helah bagi memperdayakan mangsa.  Sekiranya bakal mangsa berlembut hati… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan