Susu, produk berasaskan susu dan tarikh luput
By Admin at 8:00:00 am
Maklumat
Disebabkan ramai telah pulang ke rumah untuk bekerja dan ada yang telah meninggalkan susu di dalam rumah. Adakah susu ini perlu dibuang? Jom lihat ketahanan susu seperti di bawah.
Susu botol/kotak (Pastur)
- Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka : tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
- Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk : tahan sehingga 3 hari.
- Jika diletakkan diluar : habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.
Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
- Kotak yang belum dibuka : Tahan sehingga tarikh luput
- Jika dibuka : perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
- Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik : perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.
Susu tepung
- Belum dibuka : boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama : tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
- Jika dibancuh : tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
Susu frozen
- Tahan 3 bulan.
- Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik : habiskan dalam masa 3 jam.
Yougurt
- Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk : tahan sehingga 2 minggu
- Jika dibuka : habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.
Penting :
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.
Related Posts:
Covid 19 : Rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanahair Di bawah adalah contoh kajian kes berkenaan dengan "SOP" yang perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia di waktu PKP. Peejah anak perempuan Mak Cik Kiah yang low profile, bekerja di Singapura. Dia m… Read More
Video serangga berbahaya pada pokok mangga Ia merupakan salah satu serangga yang berbahaya, biasanya ada kelihatan di daun pokok mangga. Orang yang gigitan serangga ini akan alami dehidrasi yang dahsyat. Sangat berbahaya, mohon sebarkan, terutama kpda saudara… Read More
Laman web sebenar periksa BPN 2020 Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat semakan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana ia boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga 30 April ini. Ia diberitahu oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (L… Read More
SuperHelper MyCar membantu anda membeli barangan harian Risau dan takut untuk keluar membeli barangan harian ? Jangan risau! SuperHelper ada untuk membantu menyelesaikan masalah anda! Kini anda boleh membeli barangan keperluan dan makanan melalui kaedah pesanan, pembelian ser… Read More
Pasar Segar Terkawal - FAMA Negeri Melaka Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) Negeri Melaka telah mengadakan Pasar Segar Terkawal bagi menyediakan jualan keperluan barangan makanan harian sempena Perintah Ka… Read More