Covid 19 : Pemasangan kawad berduri di Petaling Jaya


Pemasangan kawad duri dilaksanakan oleh ATM bermula tengah malam, 9 Mei 2020 di Jalan Othman Petaling Jaya Old Town, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman daripada pihak berkuasa, sama ada kawasan berkenaan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau bentuk kawalan lain.

Tinjauan mendapati, banyak laluan sekitar kawasan itu sudah dipasang kawat duri oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain sekatan jalan raya oleh polis.





Kawasan terbabit sebelum ini menjadi tumpuan kerana pasar basah yang terletak dekat Jalan Othman dikenal pasti antara kluster penularan wabak COVID-19. Selain kawat duri dipasang sekitar pasar berkenaan, pemasangan turut meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 4 PJ Old Town.

Pada 5 Mei 2030 lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata 24 kes COVID-19 daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dikesan di dua pasar di Petaling Jaya.

Beliau berkata, 23 kes direkodkan di Pasar Besar Jalan Othman dan satu kes di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya.

Semalam, Bilik Gerakan COVID-19 Selangor, melaporkan sembilan kes baharu dicatatkan dalam daerah Petaling, manakala satu di Gombak.

"Pertambahan 10 kes itu menjadikan jumlah terkini pesakit COVID-19 di Selangor ialah 1,596 dengan 206 kes aktif.

"Seramai 1,328 pesakit pulih dan dibenar keluar hospital manakala jumlah kematian kekal 20 orang," katanya.





#Inforoadblock #sekatanjalanraya #covid19  #petalingjaya

Sumber teks berita dari : BH Online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan