Padah langgar PKPB : penjawat awam berisiko diberhentikan kerja


Sumber : BH Online

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

"Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

"Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.

"Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana melanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Mohd Khairul Adib menegaskan, tindakan penjawat awam melanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

"Kesalahan di bawah Akta 342 adalah kesalahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukuman tertentu bergantung kepada dapatan dan hukuman mahkamah," katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Related Posts:

  • Video klip lagu : Gegarlah Keamanan Israel Keganasan Israel yang ditunggangi oleh fahaman Zionis masih berterusan dan negara-negara Islam sekitarnya seakan buta mata dan tuli telinga mereka.  Hanya sebilangan kecil negara Arab yang mungkin ada menghulurkan b… Read More
  • Rangkaian Produk Serai Wangi Afizar SB Anda boleh hubungi S.B.Afeid Haji Buang 017-6473630 / 016-6476937, Intan Zarina 013-6509763 untuk pertanyaan mengenai produk dan pembelian. *^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^*^ Apakah serai wangi? Adakah ia s… Read More
  • Petua untuk cari air dalam hutan Adakalanya, individu atau berkumpulan menghadapi suatu situasi semasa megembara di dalam hutan di mana makanan yang dibawa telah kehabisan atau berkurangan. Adalah sangat penting di dalam keadaan sebegini apakah makanan … Read More
  • Bagaimana memformat Kad SD SD (Secure Digital) kad adalah peranti storan digital yang sering digunakan dalam peranti mudah alih seperti kamera digital dan telefon bimbit kerana saiznya yang kecil dan ringan. Memformat kad SD biasanya diperlukan un… Read More
  • Pemain Bola Sepak Israel Diserang Penonton Peperangan yang terjadi antara Palestin dan Israel akhirnya terseret juga hingga ke padang bola sepak. Perang tak berkesudahan di timur tengah tersebut memberi kesan juga pada dunia sukan.    Pertandingan pers… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan