Meriahnya penduduk Taman Medan dan Dato Harun


Kelihatan "meriah" di kawasan Taman Medan dan Taman Dato Harun di satu hari sebelum tiba bulan Syawal. Kelihatan penduduk di sekitar kawasan berdekatan berpusu-pusu membeli persediaan hari raya terutamanya makanan mentah. Sampai kelihatan sudah tiada jarak 1 meter antara pengunjung malah yang lebih gagah lagi ada yang tidak memakai topeng pernafasan.


Kebimbangan dinyatakan oleh Azli Ali yang telah berkunjung ke kawasan pusat perniagaan yang berdekatan dengan Taman Medan dan Taman Dato Harun, Petaling Jaya, Selangor. Kebimbangan beliau dinyatakan dalam kumpulan Facebook tempatan pada 23 May 2020 :



Mohon bantuan viral
*PKP RAYA*

Pagi ni singgah nk beli keperluan raya.

Amat terkejut dgn sikap segelintir org di taman medan/dato harun.

Ramai org2 tua *tiada* :
-PENJARAKKAN SOSIAL
-MASK

Ketahuilah,, jika tersebar 2,3org di taman medan/dato harun,, sudah pasti akan kene seal 1kawasan ni seperti pasar PJ.

14hari la korang terkepung dalam tu. *BARU PADAN MUKA*

Habis la kita yg meniaga, kerja swasta.

Mohon maklumkan org2 tua, rakan2, peniaga2 supaya penjarakkan sosial dan mask.

Tak rugi pun kita beli sikit2 utk beraya.

*KETAHUILAH,, RAYA TAHUN NI TAK RAMAI ORG DTG RUMAH*

Beli sikit2 sudah.

Related Posts:

  • Ulama menyantuni kucing ketika sedang menyampaikan kuliah Seekor kucing hadir majlis pengajian Hadith Syeikh Usamah di Masjid Al Azhar. Lihatlah bagaimana akhlak ulama yang sangat terpuji ini.  Beliau dilihat tidak rasa terganggu dengan kehadiran kucing itu bahkan sambil … Read More
  • Google antara terawal ucap selamat hari lahir Pada hari ini, 2 Disember 2013 merupakan ulang tarikh kelahiran saya. Namun saya seringkali tidak mengira atau mengingati sangat usia saya sebaliknya saya lebih kepada mengira jumlah kejayaan yang telah saya capai sepanja… Read More
  • Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)   Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan p… Read More
  • Doa semasa hujan berterusan dan banjir Sejak akhir- akhir ini, bencana alam sering berlaku di dunia ini termasuklah yang menimpa di negara kita Malaysia. Bencana alam seperti banjir merupakan sebahagian daripada sunnah alam atau sunnah Allah yang menciptaka… Read More
  • Gambar banjir sekitar Pahang Rakyat negeri Pahang, khususnya yang berada di pinggir sungai dan tempat rendah, telah diminta bersedia dan segera berpindah (sekiranya tempat masih belum banjir) kerana menghadapi kemungkinan banjir. Ini ditambah lag… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan