Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia


Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada 9.15 pagi hari Selasa, 12 Mei 2020 di kediamannya di Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.

Jenazah Allahyarham Lambak yang telah berusia 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

"Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini," katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi agensi berita, Bernama.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, berumur 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutama produk kicap Habhal's . 

Pada November 1981, syarikat ini pernah melantik Jalil Enterprise bagi membekalkan kicap secara kontrak dan apabila perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan Jalil Enterprise mengusahakan produk kicap atas jenama sendiri iaitu Kicap Jalen pada Ogos 1988.

Kredit : 
- Bernama

Iklan tv Kicap Cap Kipas Udang akhir tahun 1980-an.:



Related Posts:

  • Karnival Usahawan 2010 - KUG MelakaMulai semalam hingga hari Ahad ini ( 12- 14 November 2010 ) saya berada di karnival tersebut yang dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka di Kota Fesyen, MITC, Melaka.  Tugas saya di sana sebagai pemantau "booth" Kelab Usahaw… Read More
  • Jualan komputer Pentium 4 Set komputer untuk dijual :-   Monitor 17"Keyboard & MouseMeja & KerusiCPU :Windows XPPentium 4RAM512 DDRAnti Virus Grisoft 2011Microsoft Office 2007 RM570.00 Perisian tertentu akan dikemaskini setelah saya me… Read More
  • Program Keusahawanan Belia JAM-BU Pernahkah anda bermimpi untuk menjadi seorang usahawan dengan memulakan perniagaan anda sendiri tetapi tidak mempunyai dana kewangan untuk berbuat demikian? Atau jika anda tidak pasti apa produk untuk dijual?  Ji… Read More
  • Belajar masak & jadi usahawan di ITKAU Normal 0 false false false EN-US ZH-CN X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 … Read More
  • LIKE WARRIOR : membantu usahawan blogger & Facebook Kini Sudah Terbongkar!!! Dengan menggunakan LIKE WARRIOR Pada Platform Blogger Untuk Mendapatkan Potensi 1000 Likes Dalam Masa Sehari! Tidak Perlu Lagi Mengeluarkan Modal Satu Sen Pun Untuk Sewa Servis Tambah Like Atau… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan