Resipi Kari Cuttlefish


Bahan-bahannya :

● 1 kg (cuttlefish) sotong - dibersihkan dan dipotong (ikut suka)
● 5 ulas bawang merah - tumbuk
● 1 ulas bawang putih - tumbuk
● 1 inci halia - tumbuk
● 3 biji ubi kentang -belah 4
● 2 tangkai daun kari
● 2 s/b cili mesin
● 1 paket rempah kari ikan / sotong - bancuh dgn sdkt air
● Air asam jawa
● Santan secukupnya dr sebiji kelapa
● Sedikit minyak - untuk menumis
● Garam dan perasa secukupnya



Cara Penyediaan :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumbuk, daun kari, srbk kari dan cili mesin,masak hingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan masak sebentar dan masukkan pula santan, masak hingga didih.
3. Masukkan pula sotong dan ubi kentang, garam dan perasa.
4. Masak hingga kentang empuk dan cukup segala rasa.
5.Angkat dan sedia dihidangkan.

Related Posts:

  • Resipi udang galah goreng bercili Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang … Read More
  • Resipi Strawberry Crepe Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe? Bahan-bahan : -20gm tepung gandum -20gm tepung ubi -10gm tepung kastard -10gm tepung jagun… Read More
  • Resipi Pizza Sosej Sardin Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran pizza… Read More
  • Resipi Kek Coklat Keju Kukus Bahan Pertama (diayak) : -2 cwn tpg gandum -1 1/2cwn serbuk koko -1 tepong soda bikarbonat -1 baking powder Bahan Kedua : (dikisar) - 1 tin susu cair - 1 cwn minyak masak - 1 cwn air - 2 bj telur * tuang adunan kedua… Read More
  • Resipi Ice Cream Oreo Bahan-bahan : 2 1/2 cawan susu penuh krim Dutch Lady 2 1/2 cawan Nestle coffee mate powder 1 paket biskut Oreo Cara Membuatnya : 1. Cara-cara nak buat senang sangat, masukkan susu Dutch Lady dan Nestle coffee mate dala… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan