Ringkasan Sejarah Perniagaan Subway


BERMULA dengan modal AS$1,000 (RM3,685), dua rakan baik, Fred DeLuca dan Peter Buck menubuhkan syarikat makanan segera, Subway pada 1965.

Dengan usia masih muda, syarikat Doctor’s Associates, Inc ditubuhkan pada awalnya untuk mencari duit tambahan membayar yuran pengajian mereka di kolej.

Nama syarikat tersebut diilhamkan daripada subjek yang mereka pelajari ketika belajar dalam bidang perubatan dan fizik.

Namun begitu, DeLuca mengambil keputusan berhenti belajar apabila ingin meneruskan perniagaan Subway yang ketika itu semakin pesat berkembang.

Syarikat makanan berkonsepkan sandwich dan salad itu mempromosikan menu sihat mendapat sambutan menggalakkan orang ramai.

Walaupun memperkenalkan makanan berasaskan roti dan sayur sahaja, Subway tetap menjadi pilihan ramai apatah lagi untuk golongan vegetarian.

Berpangkalan di Milford, Connecticut, Subway mempunyai lima pusat pengendali yang menyokong sistem operasi antarabangsa ini dinobatkan sebagai restoran francais paling pantas berkembang.

Ia restoran makanan segera terbesar di dunia dengan 37,881 restoran di 98 negara di seluruh dunia.

Subway kini rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia mengambil alih gelaran daripada McDonalds.

Walaupun tidak menjual produk baharu, Subway hanya mempromosikan makanan mereka dengan ‘memanjangkan’ saiz sandwich sedia ada dan menjualnya dengan menu pelbagai pilihan. Bahkan perkataan footlong sebagai trademark Subway.

Ketika krisis ekonomi 2008, Subway memperkenalkan ‘AS$5 Footlong’ dan sandwich itu mendapat sambutan menggalakkan orang ramai di Amerika Syarikat. Dengan harga AS$5 (RM18.40), orang ramai dapat menikmati satu sandwich panjang dan sedap.

Ternyata idea Subway itu menyumbang kepada jualan sehingga AS$3.5 (RM12.88) bilion pada 2009. Bahkan konsep ini turut diguna syarikat makanan segera lain.


Related Posts:

  • Panduan menjalankan perniagaan "food delivery" Sesiapa yang berhajat nak memulakan perniagaan jualan makanan dari rumah berserta penghantaran atau baru bermula, maka anda perlu memiliki segera panduan ini. Yang dah berkedai pun boleh juga memiliki panduan ini sebagai r… Read More
  • Car Boot Sale di Tampin, Negeri Sembilan Penduduk di Tampin, Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tempat untuk membeli dan mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan sambil bersantai iaitu Car Boot Sale Tampin.  Ia bertempat di tapak parkir … Read More
  • Tealive bukan penjenamaan semula Chatime Mungkin ada yang tanya, "Chatime dah tukar nama ke Tealive kan ?". Jawapannya - TIDAK Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master… Read More
  • Ringkasan Sejarah Perniagaan Subway BERMULA dengan modal AS$1,000 (RM3,685), dua rakan baik, Fred DeLuca dan Peter Buck menubuhkan syarikat makanan segera, Subway pada 1965. Dengan usia masih muda, syarikat Doctor’s Associates, Inc ditubuhkan pada aw… Read More
  • Prestasi Ramly Burger dijangka meningkat HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhn… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan