Prestasi Ramly Burger dijangka meningkat


HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018.

Fasa pertama kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni hari ini.

Kapasiti itu akan ditingkatkan sebanyak 300 tan lagi selepas fasa kedua mula beoperasi, katanya selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, ke kemudahan itu.

Pertumbuhan perniagaan kini tidak banyak berubah memandangkan kemudahan sedia ada sudah beroperasi dalam kapasiti penuh, katanya.

Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan.

Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat.

Kumpulan itu kini mengeskport produknya ke Singapura, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan Bangladesh. 

Sumber : Bernama



Related Posts:

  • Car Boot Sale di Tampin, Negeri Sembilan Penduduk di Tampin, Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tempat untuk membeli dan mendapatkan pelbagai barangan serta perkhidmatan sambil bersantai iaitu Car Boot Sale Tampin.  Ia bertempat di tapak parkir … Read More
  • Panduan menjalankan perniagaan "food delivery" Sesiapa yang berhajat nak memulakan perniagaan jualan makanan dari rumah berserta penghantaran atau baru bermula, maka anda perlu memiliki segera panduan ini. Yang dah berkedai pun boleh juga memiliki panduan ini sebagai r… Read More
  • Prestasi Ramly Burger dijangka meningkat HASIL perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhn… Read More
  • Tealive bukan penjenamaan semula Chatime Mungkin ada yang tanya, "Chatime dah tukar nama ke Tealive kan ?". Jawapannya - TIDAK Awal tahun 2017, La Kaffa (syarikat Taiwan), pemilik jenama Chatime telah menamatkan kontrak franchise Loob Holding, iaitu master… Read More
  • Ringkasan Sejarah Perniagaan Subway BERMULA dengan modal AS$1,000 (RM3,685), dua rakan baik, Fred DeLuca dan Peter Buck menubuhkan syarikat makanan segera, Subway pada 1965. Dengan usia masih muda, syarikat Doctor’s Associates, Inc ditubuhkan pada aw… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan