Menyingkap lembaran sejarah Pasar Tani


Pasar tani merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging segar.

Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau penternak berpeluang menjual barangan mereka secara langsung kepada orang ramai tanpa melalui orang tengah / pemborong. Dengan itu pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga di pasar biasa.

Pasar tani biasanya diadakan secara mingguan, dan pada hari-hari tertentu di beberapa lokasi strategik mengikut keperluan masyarakat setempat.  Pada masa kini pasar tani bukan sekadar menjual barangan yang berkaitan dengan pertanian dan penternakkann semat-mata, ia turut menjual pelbagai barangan aksesori untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, cenderamata, barangan kelengkapan rumah dan pelbagai jenis makanan serta minuman

Pasar tani di Malaysia

Pasar tani diwujudkan khusus di Malaysia berjaya mengatasi masalah orang tengah yang mengambil untung berlebihan terhadap petani, peladang, penternak dan nelayan. Pasar tani bersaing dengan pasar basah, pasar pagi dan pasar malam . Pasar tani di Malaysia diadakan pada waktu pagi sahaja dan ditadbir oleh FAMA. Diwujudkan pada 1985, Pasar tani kni telah berusia lebih 27 tahun.

Beberapa tempat yang sesuai dan mudah akses oleh orang ramai telah dipilih . Pemilihan lokasi bergantung kepada hasil kajian FAMA terhadap potensi setempat, kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan dan bilangan penyertaan usahawan niaga yang mahu berjual beli di situ.

Usahawan tani ini dapat kemahiran untuk memasarkan barangan mereka. FAMA menyediakan payung khusus untuk mereka. Peluang pekerjaan dalam perniagaan kecil dapat dikembangkan .

OBJEKTIF PASAR TANI
Di antara objektif-objektif utama pembangunan PASAR TANI termasuklah:-

  • Meluaskan pasaran hasil Pertanian
  • Memperkuatkan kuasa tawar menawar
  • Mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengah
  • Mengurangkan kos dan margin Pemasaran
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Mengalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
MATLAMAT PASAR TANI
FAMA menetapkan serampang dua mata melalui penubuhan Pasar Tani iaitu:

  • Bagi meluaskan pasaran hasil pertanian dan memberi peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka.
  • Memberi peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih selesa.
KEISTIMEWAAN PASAR TANI
  • Hampir keseluruhan penjual di Pasar Tani terdiri dari petani individu dan berkumpulan yang menjual hasil pertanian segar ataupun siap diproses.
  • Hasil pertanian yang dijual lebih segar pada harga berpatutan kerana sebahagian besar peserta mendapat bekalan terus dari ladang.
  • Selain aktiviti jualan, Pasar Tani diserikan dengan pelbagai kegiatan berjadual seperti aktiviti promosi barangan baru, galakan pasaran produk pertanian dan memperkenalkan produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)
Previous Post
Next Post
Related Posts

Promosi

Babab.net