Pemakanan bayi sebelum berumur dua tahun

 

Anak adalah rezeki yang terbesar bagi pasangan suami isteri.  Ia adalah kurniaan Allah SWT yang paling bernilai dan merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan kesungguhan bagi memastikan anak itu membesar dengan baik dari segi rohani dan jasmani.

Semakin anak atau bayi membesar, semakin berminat bayi berkenaan mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Melihatkan perkembangan seperti ini, ada juga ibubapa semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada bayi mereka. 

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana sistem penghadaman bayi anda belum mencapai tahap matang dan juga berkemungkinan mempunyai masalah alahan. Tercekik juga adalah antara petanda sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi. Amat penting untuk ibubapa tahu makanan yang perlu dielakkan mengikut usia bayi / anak berkenaan.

Berikut adalah panduan ringkas yang boleh diikuti oleh ibubapa yang mungkin merupakan kali pertama mempunyai "cahaya mata"...

Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan:-

Semua makanan pejal : Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


4 Hingga 12 bulan :-

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu : Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut

Kacang, Mentega Kacang : Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
Minuman :
Air Kopi / Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.


12 bulan hingga 24 bulan :-

Susu Rendah Lemak : Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun dan lihat perkembangannya.

Related Posts:

  • Resepi roti jala dan kuah pencicah Roti jala adalah menjadi sajian pilihan untuk jamuan ringan di majlis-majlis tertentu ataupun dijadikan makanan sarapan pagi atau petang.  Pada kali ini saya tergerak hati untuk berkongsikan resepi penyediaan roti jal… Read More
  • Pemakanan bayi sebelum berumur dua tahun   Anak adalah rezeki yang terbesar bagi pasangan suami isteri.  Ia adalah kurniaan Allah SWT yang paling bernilai dan merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan kesungguhan bagi memastikan anak… Read More
  • Nasi Goreng Kampung = sanggupkah menunggu 45 minit? Perut sudah lapar, lantas kaki melangkah membawa badan dan anggota yang lain menuju ke kawasan deretan gerai makanan dan minuman, yang didirikan atas tapak bekas perhentian teksi, berhampiran Jalan Tun Ali, Melaka.  … Read More
  • Makanan pilihan orang bujang di bulan ramadhan   Assalamualaikum..., salam ramadhan al mubharak... Bulan Ramadhan kini dah masuk ke pertengahan.  Pastinya kita sudah dapat membiasakan perut dengan jadual makan minum yang diet nya berlainan berbanding denga… Read More
  • Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Assalamualaikum... Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi d… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan