Bersolat tetapi masih hidup susah? Rugi ke?

Berusaha, doa, solat dan beristiqamah adalah jalan terbaik untuk berjaya...


Ada yang berkata : “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada yang berkata demikian, ketika itu? Dia mungkin berjaya dari sudut keduniaan, tetapi semakin jauh dari ALLAH SWT. Itulah istidraj.

Istidraj adalah, apabila ALLAH SWT memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH SWT yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH SWT itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH SWT suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Dan janganlah dari kalangan kita mengaku beriman kepadaNya sebelum diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan.....

Related Posts:

  • Pendapatan dari blog, terfikirkah anda tentang berzakat? Contoh kiraan zakat automatik di dalam laman web Pusat Zakat Melaka. Sudah agak heboh diperkatakan mengenai blogger-blogger yang memperolehi pendapatan mencecah ribuan malah puluhan ringgit melalui pengiklanan di blog.… Read More
  • Iklan raya Aidufitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah Assalamualaikum, Pasti ramai antara blogger mahupun bloggie yang dah lihat iklan baru di stesyen tv yang banyak bersedekah dan menolong orang susah.  Namun yang anehnya, apakah motif yang tersirat disebalik cahaya ya… Read More
  • Menjelang bulan ramadhan Assalamualaikum... Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadhan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang pen… Read More
  • Andainya aku punya waktu... Aku telah menyaksikan jasa yang ditinggalkan oleh arwah datuk aku sebelum dia meninggal dunia. Aku juga telah melihat tanda-tanda ahli syurga pada arwah nenek aku sebelum dan selepas dia meninggal dunia. Aku masih dapa… Read More
  • Qada dan Qadar ketentuan AllahSalam sejahtera... Ramai orang yang memandang rendah pada mereka yang gagal mencapai sasaran yang dibuat.  Apabila seseorang itu mengalami kegagalan, dia akan dicemuh atau diberi kata-kata yang mematahkan lagi semangat o… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan