Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala AFC (25 Jun 2012) Bawah 22 tahun : Malaysia - Filipina

 

Perlawanan kelayakan Piala Asia untuk pemain bawah 22 Tahun merupakan kejohanan yang pertama kali seumpamanya diadakan oleh badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung dalam tahun 2013. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

Perlawanan menentang Filipina ini merupakan perlawanan kedua bagi skuad Harimau Muda (Malaysia), yang berada dalam kumpulan G.  

Malaysia tampak lebih garang dengan aksi yang menghiburkan penonton serta berjaya mengalahkan Filipina dengan jumlah jaringan besar iaitu 7 berbalas 1 gol dan seakan melepaskan "geram" apabila kalah tipis kepada Korea Selatan dalam perlawanan beberapa hari lepas.

Pada separuh masa pertama Malaysia mendahului Filipina 4-0. Gol-gol telah dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman minti ke 2' dan 35, Fandi Othman minit ke 32 dan Wan Zaharulnizam minti ke 40.  

Malaysia terus menerkam pasukan Filipina dengan tambahan gol pada separuh masa kedua. Rozaimi Abdul Rahman sekali lagi menjadi hero apabila meledak dua lagi gol pada minit ke 69 dan 74. D.Saavindran menambah derita Filipina dengan jaringan ke tujuh pada minit ke 91.

KEPUTUSAN PENUH

MALAYSIA 7 - 0 Filipina
Aung San Stadium

 minit 3' - Malaysia
minit 33' - Malaysia
minit 35' - Malaysia
minit 40' - Malaysia
minit 69' - Malaysia
minit 75' - Malaysia
minit 90'+1 - Malaysia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan