Kesilapan ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa

 

Anak adalah anugerah serta amanah Allah SWT yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh ibu bapa, seandainya mereka belum bersedia dari segi zahir dan batin serta fizikal juga mental. 

Bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang beriman, bertaqwa dan memberi manfaat yang baik dalam zaman serba moden dan serba canggih ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi untuk memastikan anak kita menjadi insan yang bertaqwa. Ramai ibu bapa di luar sana yang gagal mendidik anak mereka menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik atau tidak sehaluan dengan tuntutan Allah SWT.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan beberapa kesilapan ibubapa
(secara umumnya) dalam memberi didikan kepada anak-anak sejak mereka kecil hinggalah dewasa. Bukan untuk mencari salah tetapi lebih kepada muhasabah diri, yakni menilai kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini.

Pentafsiran kita mungkin berbeza, namun matlamat seharusnya sama iaitu untuk memberi segala kebaikan pada zuriat kita agar berjaya dan beriman di dunia dan akhirat...

Kesilapan ibu bapa dalam menggunakan kaedah mendidik anak-anak :
  • Ibu bapa mempunyai matlamat yang silap atau tersasar dari landasan yang sebenar dalam tujuan menghantar anak-anak ke sekolah.
  • Memilih sekolah hanya atas dasar "dekat dengan rumah" dan meminggirkan faktor-faktor lain yang lebih utama.
  • Memberi atau menunjukkan contoh serta tauladan yang salah / kurang sesuai pada anak-anak.
  • Tidak atau jarang memberi motivasi pada anak-anak.
  • Mengongkong atau menyekat kreativiti (kreatif) anak-anak.
  • Membataskan pergaulan anak-anak tanpa menerangkan sempadan-sempadan atau adab pergaulan dalam Islam.
  • Tidak atau kurang memberi didikan akhlak dan agama.
  • Menyerahkan atau melepaskan sepenuhnya tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak pada guru.
  • Kurang mengajar anak-anak soal bertanggungjawab dan berdikari.
  • Terlalu mengharap anak-anak memberi hasil yang baik dan cemerlang dengan cepat sehingga anak itu mengalami tekanan perasaan.
  • Menjauhkan anak-anak dari orang yang sepatutnya didekatkan pada mereka, yakni orang yang baik akhlak dan beramal soleh.
  • Kurang atau tidak menghormati hak, maruah serta perasaan anak-anak.
  • Kurang meluangkan masa yang berkualiti tinggi bersama anak-anak.
Antara kesan yang akan dilihat pada anak-anak sekiranya kesalahan seperti di atas berlaku ialah :
  • Anak-anak akan menjadi insan yang tiada atau kurang berwawasan
  • Sukar berdiskusi atau berbincang secara berhikmah
  • Lemah pendirian
  • Tidak mempunyai keyakinan dan keazaman yang tinggi
  • Mudah tersinggung, 
  • Pemarah, 
  • Menjadi seorang yang suka berbohong
  • Sukar untuk berdikari dan berusaha sendiri.
  • Pendendam

Related Posts:

  • Lapan nasihat utama untuk usahawan baru Setelah enam tahun syarikat saya wujud (ICT Niaga Enterprise) sejak 7 Julai 2007, telah banyak jenis-jenis perniagaan yang telah saya perhatikan... Dan pandangan serta nasihat saya untuk mereka yang nak mula berniaga : -… Read More
  • 10 perkara yang mungkin isteri suka suami buat Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan.  Apabila menyebutkan hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan seks se… Read More
  • Merdeka tapi makin lesu Saban tahun negara kita menyambut ulang tarikh kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk tahun ke 56 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Iya, kita harus bersyukur atas perolehan kemerdekaan ini. Ada jalan raya, lampu jalan, da… Read More
  • Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih b… Read More
  • Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan