Basking di Pasar Tani UTC Melaka

 

Muzik basking ini secara umumnya difahami ialah sekumpulan ahli muzik yang bermain pelbagai peralatan muzik di jalanan.  Namun pada masa kini taraf kumpulan basking di Malaysia telah diangkat dan diiktiraf bakat mereka dari bermula dengan bermain muzik di tepian jalan atau persiaran awam kepada memenuhi undangan ke majlis-majlis keraian, malah ada juga yang mendapat undangan untuk bermain di majlis makan malam anjuran agensi kerajaan.

Namun pada malam 27 dan 28 September 2013, jam 9.00 malam, tercipta sejarah tersendiri apabila kumpulan basking yang bernama "Urband Speakers" telah dijemput khas untuk membuat persembahan muzik. Mereka bersetuju untuk terus membuat persembahan setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula dari pukul 9.00 malam. Saya mengambil kesempatan yang ada selama dua hari berkenaan dengan menyanyikan lagu "Suratan atau kebetulan" dan "Cinta Kristal".  Ini adalah pengalaman pertama saya menyanyi dengan "live band" kerana selama ini hanya biasa dengan sistem karaoke.

 
Urban Speaker ketika membuat persembahan di pentas 
Pasar Tani UTC Melaka

 
Ketika jamuan khas untuk mereka


 
Encik Jamaluddin selaku Pengerusi Pasar Tani UTC Melaka, 
merangkap Pengerusi Pasar Tani Negeri Melaka sedang memberi 
"motivasi" kepada bakat-bakat muda dari kumpulan basking ini

Hikmah dan yang tersirat disebalik wudhu



Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama ada menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.

Hikmah-hikmat yang tersirat di dalam tiap perbuatan wudhu itu ialah :

Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.
Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.
Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.

Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.

Niat ketika sedang berwudhu


Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali ... “ - (Surah Al-Maa’idah: 6"


Dalam artikel ini saya kongsikan pula niat di dalam hati yang disertakan semasa melakukan perbuatan wudhu itu iaitu :

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Ceramah usahawan di Kolej Komuniti Selandar

 

Dalam dua minggu lepas saya dihubungi oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Selandar yang beralamat di KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, JALAN BATANG MELAKA, 77500 SELANDAR, MELAKA.  Ianya berkenaan dengan jemputan untuk menjadi penceramah di dalam forum yang merupakan sebahagian aktiviti mereka yang dinamakan "Skill Attack".

Sesi forum atau dialog berkenaan diadakan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Selandar. Ianya dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar kolej berkenaan disamping beberapa kakitangan kolej berkenaan yang bertugas mengendalikan program pada hari itu. Fokus sesi dialog berkenaan adalah berkisarkan mengenai "kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer", namum saya dimaklumkan bahawa diminta untuk berkongsikan pengalaman, pengetahuan dan kata-kata nasihat serta motivasi dalam menyediakan diri menjadi usahawan secara umumnya.

Di dalam ceramah berkenaan, saya menekankan beberapa konsep untuk menyediakan diri menghadapi cabaran dalam dunia bisnes iaitu "perbezaan mencari rezeki dan mencari duit", membetulkan niat sebelum ingin berniaga atau menjadi usahawan, berfikiran kreatif dan luas dalam perniagaan, tidak meletakkan duit sebagai halangan utama untuk tidak berniaga dan lain-lain motivasi yang saya rasakan perlu untuk generasi muda seperti pelajar berkenaan tahu sebelum masuk ke dunia perniagaan.  

Saya juga berkongsikan kepada mereka yang ada di dalam dewan berkenaan berkenaan  dengan bisnes mudah yang boleh disertai mereka serta merta tanpa menggunakan duit sebagai modal utama. Sebelum mengakhiri ceramah saya pada hari itu, saya sempat untuk mengingatkan mereka seandainya ingin memulakan sesuatu usaha niaga, amalkan konsep yang diperkenalkan oleh Chef Li iaitu "biar kecil asal berhasil dari besar akhirnya bubar...". Untuk bermula sesuatu yang baru, biarlah bermula dengan kecil-kecilan yang sesuai dengan kekuatan semasa kita.

Sememangnya sukar untuk menggalakkan sesiapa sahaja untuk berniaga atau menjadi usahawan, lantaran latarbelakang dna persekitaran yang tidak menggalakkan mereka untuk berniaga namun perjuangan tidak harus berhenti di sini sahaja. Jihad ekonomi bangsa kita wajib dikembangkan dan dipadukan demi masa depan agama dan negara yang tercinta.

 
Sedang menunggu sesi dialog (ceramah) bermula sambil meneliti 
Android Q88 untuk aktivit akan datang

 
Berbual dengan Ketua Jabatan Kolej Komuniti Selandar sebaik sahaja 
selesai ceramah yang diberikan oleh saya dalam kurang lebih 1 jam 15 minit.

Sesi menerima cenderamata dari Kolej Komuniti Selandar

 
Antara yang hadir semasa sesi dialog (ceramah)

Resipi Talam Labu Berlauk

 

Kali ini saya kongsikan resipi dan cara penyediaan makanan berasaskan labu. Ia juga turut menggunakan produk keluaran RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.


A:  400  gm    Labu Manis – rebus & lecek halus

B:  1/2  cawan   Tepung Gandum
  1/2  cawan   Tepung Ubi
  1/2  cawan   Tepung Beras
  1/2  cawan   Gula Pasir
  1/2  cawan   Santan
  1/2  cawan   Susu Cair
  1  cawan   Air
  1/2  tsp    Garam
        Sedikit Pewarna Kuning

C:  1  sudu besar  Minyak Masak

Topping :  

200  gm    Daging Lembu Kisar Ramly
  1  sudu besar  Tasty Black Pepper Ramly
  1/2  cawan   Minyak Masak
  1  sudu besar  Sos Sotong
  50  gm    Udang Kering
  1  pokok    Daun Bawang
  1  pokok    Daun Sadri
  2  biji    Cili Merah
  2  sudu besar  Bawang Goreng
Cara Penyediaan :

1.  Rebus labu manis sehingga lembut dan lecek dan ketepikan.

2.  Campur ke semua bahan B, sebatikan dan masukkan labu manis yang telah di lecek dan masukkan minyak masak. Gaul sebati.

3.  Tuang adunan ke dalam loyang bujur dan kukus selama 20 minit.

4.  Untuk membuat topping, panaskan minyak dan goreng Daging Lembu Kisar Ramly dahulu. Masukkan Tasty Black Pepper Ramly dan  sos sotong. Masak seketika dan tapis untuk membuang sedikit minyak dan sejukkan.

5.  Tabur  Daging Lembu Kisar Ramly  bersama  dengan  udang  kering, daun bawang , daun sadri , bawang goreng dan cili merah di atas talam labu tadi

6.  Potong dan siap untuk dihidang. 

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan