Apabila yang miskin tidak sedar diri...

Assalamualaikum...

Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini berlaku pada tahun lepas.  Artikelnya telah saya taipkan tetapi lupa untuk diterbitkan.  Walaupun ia cerita tahun lepas, namun pengajarannya boleh diambil iktibar sepanjang masa.

Pada 12 Desember 2009 yang lalu, ada seorang ustaz yang bekerja di Jabatan Agama di Alor Gajah, datang ke kedai saya untuk bertanya seterusnya mendaftar bisnes jual beli topup prepaid.  Dalam pada itu kami berborak dalam pelbagai perkara yang berkaitan.  Sehinggalah apabila kami berada di Maybank untuk menunjukkan kepada beliau mengenai penggunaan sistem MyeCash di dalam mesin ATM Maybank.

Ustaz tersebut menceritakan bagaimana kisah seorang miskin yang mendapat bantuan dari Jabatan Agama dalam bentuk menjalankan perniagaan menternak lembu.  Malangnya si miskin itu tidak nampak potensi yang lumayan sekiranya dia menjalankan perniagaan penternakkan lembu.  Beliau menjualkan lembu serta kandangnya sekali.  Si miskin itu lebih mencari "wang" segera dari berusaha membentuk ekonomi yang boleh menjamin masa depan diri dan keluarganya. Ini amatlah merugikan.

Ini menunjukkan sindrom "ingin cepat kaya ataupun senang" dilihat masih membelenggu "orang kita".  Seperti contoh di atas, sekiranya si miskin itu terus menjalankan perniagaan menternak lembu, apabila tiba masanya dia boleh menjual lembu tersebut, terutamanya

Kepimpinan baru Kelab Usahawan GIATMARA Melaka sesi 2010 - 2013

Assalamualaikum...

Pada hari Ahad lalu (14-02-2010), berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Usahawan GIATMARA Melaka di Dewan GIATMARA Kota Melaka. 

Jemaah kepimpinan yang baru telah dipilih oleh ahli-ahli kelab yang hadir dan atas permintaan ahli-ahli kelab serta kuasa yang ada pada Pengerusi KUG Melaka yang baru iaitu En Mas Ramizu, saya telah diminta untuk menganggotai Ahli Jawatan Kuasa KUG Melaka bagi sesi tahun 2010 - 2013.

Secara peribadinya saya lebih suka berkhidmat di balik tabir, memandangkan saya tidak gemar untuk menonjolkan diri di khalayak ramai.  Cara saya ialah lebih kepada membantu secara senyap pada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Walauapapun, saya menerima perlantikkan ini dengan "berlapang dada" dan akan cuba memberi khidmat yang menyeluruh bagi memperkasakan Kelab Usahawan GIATMARA Melaka dalam usaha membentuk jemaah usahawan dari lepasan GIATMARA Melaka yang lebih dinamik serta bersatu-padu.

Saya turut mendoakan semoga jemaah kepimpinan KUG Melaka yang baru ini dapat memperbaiki ketirisan yang berlaku dalam sebarang aktiviti tahun sebelum ini dan dapat membuktikan bahawa GIATMARA mampu membekalkan usahawan yang berkualiti bagi menjadi pemangkin ekonomi Malaysia ke tahap global.

Mana satu yang boleh pakai..?

Assalamualaikum...

Segala urusan saya semasa perjumpaan dengan Pengarah MARA Negeri Melaka telah selesai dengan baik.  Tetapi terdapat kemusykilan terhadap penyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka, yang jelas bercanggah dengan kata-kata dari Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah kepada saya pada perkara pembayaran sewa premis.

Saya telah diberitahu oleh Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah, bahawa pihaknya sedia menerima pembayaran sewa premis walaupun jumlah yang dibayar itu tidak memenuhi kadar semasa yang ditetapkan.  Menurut cerita pengarah itu, ada penyewa premis MARA di Melaka yang hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM30.00 pada bulan berkenaan kerana kemerosotan yang agak drastik semenjak pemindahan stesyen bas ke tapak yang terkini iaitu Melaka Sentral.  Dia hanya mampu membayar sewa sebanyak RM10.00 sahaja.

Pengarah MARA Daerah Melaka Tengah menjelaskan bahawa beliau menerima berapa sahaja yang termampu dibayar penyewa asalkan rekod pembayaran menunjukkan ianya dibuat secara berterusan.  Yang anehnya, lain pula cerita yang diperkatakan oleh Pengarah MARA peringkat Negeri Melaka.  Beliau mengatakan sewa wajib dibayar secara penuh, hanya tunggakkan sahaja yang dibenarkan dibayar dalam jumlah yang termampu. 

Dengan keadaan ekonomi semasa dan tahap perbelanjaan orang ramai yang semakin merosot, pendapatan para perniaga tidak menentu, lebih-lebih lagi pinjaman perniagaan seakan dibekukan.  Ini menyekat perkembangan usahawan baru seperti saya, yang benar-benar ikhlas menjalankan perniagaan.  Saya tidak memiliki "kabel" dalam mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta seperti yang dimiliki oleh sesetengah "usahawan besar" yang lain. 

Sebaliknya saya sedaya upaya bertahan dalam bidang perniagaan tanpa sokongan yang mencukupi dari pihak-pihak yang banyak berjanji pada awalnya, bahkan keluarga sendiri tidak menyokong "anak Melayu" ini berniaga...

Selamatkah ekonomi Malaysia?

Pada esok pagi ( Selasa ), sebelum pukul 9, saya perlu berjumpa dengan Pengarah MARA Negeri Melaka.  Saya pasti ianya berkaitan dengan pembayaran sewa premis (kedai).

Saya akui bukan setiap bulan saya dapat membayar keseluruhan jumlah sewaan premis. Saya membayarnya mengikut kemampuan yang realistik.  Selain dari bil sewa premis, setiap bulan saya perlu membayar bil multimedia (telefon & internet) dan bil elektrik. Ditambah lagi dengan bil tahunan lesen perniagaan dari pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta bil air, bil elektrik (rumah) dan kos sara diri yang lain.

Walaupun kedai saya berada dalam lingkungan "student Universiti dan kolej", namun faktor persaingan dan tahap ekonomi orang ramai terutamanya di Melaka ini, pada hakikat sebenarnya belum mencapai tahap yang menyenangkan.  Lebih menyulitkan lagi, rakyat negara ini mendapat "hadiah" tahun baru ketika detik 12.00 tengah malam.  Dijangkakan akan ada lagi kenaikkan yang terlangsungnya membebankan rakyat.  Mungkin juga cukai yang sedia ada dipertingkatkan lagi ataupun dipelbagaikan lagi bentuk cukai yang baru.  Ini bukan saja memberi kesan mendalam kepada "rakyat biasa", malah kepada peniaga juga. 

Agaknya sasaran 30% pegangan ekonomi bangsa Melayu di Malaysia semakin sukar dicapai.  Tindakkan pihak tertentu yang melibatkan Malaysia dalam penajaan terus pasukan kereta lumba F1 adalah langkah sumbang dalam pentas ekonomi global.  Malaysia telah terlalu banyak membazirkan wang dengan projek yang tidak memberi manfaat menyeluruh pada sekalian rakyat jelata.  Tiada guna mengejar status negara maju dengan pelbagai infrastruktur moden sedangkan tahap ekonomi rakyat semakin merundum.  Tidak semua rakyat mengecapi manfaat dari Litar Sepang, Menara Kembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai projek yang hanya memberi kesan positif yang sedikit pada ekonomi negara kita.

Malah negara jiran seperti Thailand semakin mendapat tempat dikalangan pelabur asing, walaupun negara itu jauh ketinggalan dari segi prasarana terkini. Ekonomi Thailand semakin memberangsangkan.  Perlu diingat juga, bahawa Thailand tidak mempunyai kereta "jenama sendiri", tiada juga litar perlumbaan, begitu juga dengan negara jiran yang lain. Singapura contohnya, dari segi ekonomi telah jauh berkembang dan meninggalkan Malaysia yang "sekadar dipinggiran...".

Diharapkan esok, hal saya dengan Pengarah MARA Melaka berjalan dengan baik dan segala masalah serta kesusahan yang dihadapi saya sepanjang menjadi "anak Melayu" di dalam dunia usahawan ini mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak MARA.  Mohon sangat-sangat agar pihak MARA kembali pada tujuan asal penubuhannya.  Be'la lah usahawan dan bangsa Melayu yang sungguh-sungguh berniaga serta bekerja agar Melayu tidak merempat di bumi sendiri, kerana di negara ini sajalah tempat tinggal kita, tiada Malaysia yang ke dua.

Rasuah, pecah amanah, fitnah dan kronisme..jangan sampai membarah

Assalamualaikum...

Seperti yang sedia maklum, melalui media massa terpilih, kita mengetahui mengenai satu agensi berkaitan tugas meningkatkan tahap ekonomi bangsa Melayu serta bumiputera dipalit dengan kes pembelian barangan elektronik dengan jumlah harga yang tidak berpadanan dengan jenis dan jumlah barangan tersebut.

Sekiranya dalam jumlah wang sebanyak itu, ia berpatutan seandainya digunakan oleh makmal kajian ahli sains atau bio-teknologi untuk membeli peralatan elektronik yang berkaitan.  Tetapi relevankah jika puluhan ribu dibelanjakan untuk membeli barangan yang akan digunakan dalam kerja-kerja pejabat?

Ini membuktikan tajuk artikel yang saya nyatakan di atas sudah lama dan masih membarah sehingga kini di negara kita. Sebagai contoh, sekiranya kita sudah biasa dan "sedap" makan sambal, pergi ke mana-manapun kita akan cari sambal sebagai "lauk" makanan kita...begitu juga dengan rasuah dan pecah amanah.  Ia dikuatiri telah "mengjangkiti" agensi-agensi lain yang bersangkutan dengan agensi yang telah terpalit dalam skandal tersebut.

Dalam usaha kerajaan ingin membangkitkan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera, diharapkan segala ketidakadilan, tamak dan lain-lain yang tidak baik segera dihentikan kerana kita masing-masing ada tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dijalankan dengan ketelusan.  Jika hanya pentingkan "perut" sendiri, maka ketirisan maruah bangsa menjadikan kita bangsa yang paling lemah di cakerawala ini.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan