Assalamualaikum...
Seperti yang sedia maklum, melalui media massa terpilih, kita mengetahui mengenai satu agensi berkaitan tugas meningkatkan tahap ekonomi bangsa Melayu serta bumiputera dipalit dengan kes pembelian barangan elektronik dengan jumlah harga yang tidak berpadanan dengan jenis dan jumlah barangan tersebut.
Sekiranya dalam jumlah wang sebanyak itu, ia berpatutan seandainya digunakan oleh makmal kajian ahli sains atau bio-teknologi untuk membeli peralatan elektronik yang berkaitan. Tetapi relevankah jika puluhan ribu dibelanjakan untuk membeli barangan yang akan digunakan dalam kerja-kerja pejabat?
Ini membuktikan tajuk artikel yang saya nyatakan di atas sudah lama dan masih membarah sehingga kini di negara kita. Sebagai contoh, sekiranya kita sudah biasa dan "sedap" makan sambal, pergi ke mana-manapun kita akan cari sambal sebagai "lauk" makanan kita...begitu juga dengan rasuah dan pecah amanah. Ia dikuatiri telah "mengjangkiti" agensi-agensi lain yang bersangkutan dengan agensi yang telah terpalit dalam skandal tersebut.
Dalam usaha kerajaan ingin membangkitkan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera, diharapkan segala ketidakadilan, tamak dan lain-lain yang tidak baik segera dihentikan kerana kita masing-masing ada tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dijalankan dengan ketelusan. Jika hanya pentingkan "perut" sendiri, maka ketirisan maruah bangsa menjadikan kita bangsa yang paling lemah di cakerawala ini.
Rasuah, pecah amanah, fitnah dan kronisme..jangan sampai membarah
By Admin at 9:19:00 am
Related Posts:
Lirik dan Lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - AMAR Lirik : PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRIBETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHIHEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTASUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBARKECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERIHANYA PINJAMAN SEMENTARASEBAGAI UJIAN UNTUK KITA… Read More
Tutup aurat bukan sekadar bertudung... Assalamualaikum... Ramai yang menganggap apabila sudah bertudung, mereka sudah melaksanakan tanggungjawab menutup aurat dari pandangan yang bukan mahram. Aurat bukan sekadar bahagian rambut dan sekitar… Read More
Undian Piala FA 2014 - Liga Malaysia Piala FA 2014 menyaksikan persaingan 30 buah pasukan negeri dan kelab di mana ia melibatkan 12 pasukan Liga Super 2014, 12 pasukan Liga Premier 2014 dan 6 pasukan dari Liga FAM 2014 termasuk skuad Harimau Muda C. … Read More
Lontar telur ayam ke cermin hadapan kereta : Taktik rompakan terkini Jenayah dan persaaan takut terhadap jenayah mempengaruhi kualiti hidup rakyat, yang ada kalanya melibatkan kesan yang sungguh memudaratkan. Kementerian Dalam Negeri menganggarkan kos jenayah melebihi USD60 billion … Read More
Siri Perubatan Islam : Doa merawat lelah dan asma Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol … Read More